Pualaman kertas

Pualaman kertas (Jawi: ڤوالمن کرتس) ialah kaedah menghias permukaan yang berasaskan air yang boleh menghasilkan corak menyerupai pualam, marmar licin atau jenis batu lain.[1] Corak tersebut terhasil apabila warna dibiarkan terapung di atas air biasa atau larutan likat yang dikenali sebagai pensaizan, sebelum dipindahkan dengan teliti ke permukaan yang dapat menyerap, seperti kertas atau kain. Sepanjang beberapa abad, bahan berpualam telah digunakan pada pelbagai jenis permukaan. Ia sering digunakan sebagai permukaan penulisan untuk kaligrafi, dan terutamanya pada kulit buku dan kertas lapik kulit dalam penjilidan buku serta alat tulis. Sebahagian daya tarikannya terletak pada hakikat bahawa setiap cetakan merupakan satu-satunya salinan yang unik, iaitu monotaip.
Contoh
[sunting | sunting sumber]-
Kertas lapik kulit berpualam daripada sebuah buku yang dijilid di Belanda atau Jerman antara tahun 1720 dan 1770
-
Kertas lapik kulit berpualam daripada sebuah buku yang dijilid di Perancis sekitar tahun 1735
-
Pualaman kertas daripada sebuah buku yang dijilid di England sekitar tahun 1830
-
Pualaman kertas dalam salinan tahun 1718 Opere di Galileo Galilei
-
Kertas lapik kulit berpualam daripada sebuah buku yang dijilid di Perancis sekitar tahun 1880
-
Kertas lapik kulit berpualam daripada sebuah buku yang dijilid di Perancis sekitar tahun 1880 (perincian)
-
Corak pualaman bersikat dari helaian hadapan jilid The Playmate: A Pleasant Companion for Spare Hours oleh Joseph Cundall, dicetak oleh Barclay, 1847
-
Kertas berpualam bersikat, dari helaian hadapan jilid Oriental Fragments oleh Maria Hack, dicetak di London untuk Harvey and Dartman, 1828
-
Edisi tahun 1912 The Life of the Bee oleh Maurice Maeterlinck, diterbitkan oleh Dodd, Mead and Company
-
Perincian muka hadapan The Life of the Bee
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ McGrath, Lucy, (Paper artist) (2019). Contemporary paper marbling : design and technique. London: Batsford. m/s. 142. ISBN 978-1849945530.