Puchong Perdana, Puchong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pekan Puchong Perdana
Jata-Selangor.jpg
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Petaling
MukimPekan Puchong Perdana
KeluasanLebih kurang 6 km persegi

Pekan Puchong Perdana merupakan sebuah mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Petaling, negeri Selangor.

Puchong Perdana merupakan antara taman perumahan ataupun petempatan yang terawal terdapat di Puchong kerana bentuk muka bumi ialah tanah pamah. Dimulakan pembinaan pada akhir tahun 1980-an dan merupakan kawasan perlombongan. Puchong Perdana juga merupakan kawasan hutan sebelum merupakan kawasan perlombongan. Puchong Perdana pada masa ini telah membangun pesat, dengan pembangunan seimbang seperti kawasan yang maju lain di Lembah Klang. Sebelum ke pintu masuk kawasan Puchong Perdana terdapat sebuah masjid yang tersergam indah di tepi tasik, Masjid Puchong Perdana dan sistem saliran berhubung dengan sungai Klang.

Kemudahan yang ada di Puchong Perdana antaranya adalah, stesyen minyak Petronas, Carltex dan Esso. serta restoran makanan francais seperti Mcdonalds dan KFC juga terdapat di Puchong.

Terdapat sebuah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah di kawasan Puchong Perdana iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana, Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana dan Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.

Kaum Melayu menguasai 70% peratus dari jumlah penduduk diikuti oleh kaum Cina 20%, India 10% dan kaum-kaum lain mewakili 1 peratus dari keseluruhan penduduk seramai 293600 orang.

Puchong Perdana dijadikan tempat perindustrian, perhubungan, perniagaan dan lain-lain