Pulau Banding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Banding terletak di Tasik Banding / Tasik Temenggor iaitu Empangan Temenggor di Lebuh raya Timur Barat antara negeri Perak dengan Jeli di Kelantan. Luas pulau ini ialah 240 hektar.

Perkampungan orang Asli[sunting | sunting sumber]

Pulau Banding terhasil daripada tenggelamnya kawasan hulu sungai untuk membina empangan . Sebuah kuarter kerajaan untuk kaki tangan Jabatan Hal ehwal Orang Asli telah dibina di sini. JHEOA ditugaskan untuk menjaga hal ehwal 1632 Orang Asli di sini .

Antara perkampungan Orang di sini ialah :

Orang Asli dapat peluang pekerjaan di Belum Rainforest Resort. JHEOA Hulu Perak dan Baling mengenalpasti kanak-kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran peringkat awal kanak-kanak pra sekolah, kesedaran kesihatan dan peluang-peluang pekerjaan .Mercy Malaysia, Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Perak, Malaysian Medical Association Foundation dan syarikat Educate To Learn Sdn Bhd menjalankan program pembelajaran awal kanak-kanak.

Orang Asli akan menjadi pemandu pelancong, menjual hasil kraf tangan serta melakukan pertujnjukan kebudayaan. Remaja orang Asli menubuhkan kumpulan kugiran dan dipersembahkan kepada pelancong yang datang.[1]

Habibat flora dan fauna[sunting | sunting sumber]

Di sepanjang lebuh raya ini ada papan tanda 'Awas, Gajah Melintas'. Memang ada gajah melintas terutama pada waktu malam. Tahun-tahun 1994 tahi-tahi gajah bertaburan di atas jalan raya. Beberapa orang guru yang mengambil air sembahyang pada waktu subuh terserempak dengan 4-5 ekor gajah pada tahun 2003. Perjalanan pada waktu malam di Lebuh raya Timur Barat tidak berapa digalakkan kerana terlalu sunyi , tidak ada kereta lalu lalang.

Pintu masuk ke Hutan Belum[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Julai 2007, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dari Kumpulan Syarikat Emkay (Emkay) menyatakan Pulau Banding akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan utama dunia dan selaras dengan dasar Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) .

Pulau Banding dibangunkan sebagai pintu masuk ke Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, merangkumi kawasan Taman Negeri Royal Belum, Hutan Simpan Belum dan Hutan Simpan Temenggor. Tempoh pembangunan antara 10 ke 15 tahun dengan kos RM600 juta . Antara yang akan dibina ialah chalet, jeti bot, pusat maklumat, restoran dan pusat penyelidikan dalam projek pembangunan tiga fasa.

Banding Island Resort bertaraf enam bintang dibina dengan kos RM54 juta. 120 buah bilik siap pada 2010.[2]

Telekomunikasi[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membangunkan perkhidmatan talian selular dan talian tetap . Pengerusi SKMM Datuk Dr Halim Shafie menyatakan bahawa SKMM akan memasang perkhidmatan talian tetap untuk akses kepada internet bagi kemudahan para pengunjung .

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Pulau Banding Rainforest Research Centre bekerjasama dengan Usains Holding dari USM menjalankan penyelidikan kepupusan ikan tremoleh dan ikan kelah di Tasik Banding. Ikan air tawar adalah sumber protein bagi masyarakat orang Asli.

Sila lihat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]