Pulau Billean

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Billean atau lebih dikenali dengan panggilan Billean sahaja adalah sebuah pulau yang terletak didalam kawasan perairan daerah Beluran, Sabah, Malaysia. Pulau ini juga terletak didalam Kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud.Berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh seksyen 21(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, Yang di-Pertua Negeri mengikut nasihat Ketua Menteri telah dibolehkan untuk mengisytiharkan Pulau Billean sebagai kawasan pemeliharaan hidupan liar negeri bagi kategori hidupan marin dan persekitarannya.

Pulau Billean terjadi daripada timbunan pasir yang berkeluasan 2 hektar dengan panjang pulau 245 m dan lebar 160 m. Pulau ini merupakan salah sebuah pulau di bawah pengawasan Sugud Island Marine Conservation Area (SIMCA). Ia telah diwartakan sebagai kawasan pemeliharaan Marin pada tahun 1987. Bentuk muka bumi keseluruhan pulau ini adalah berpasir dan rata serta ditumbuhi dengan pokok seperti pandan laut, mengkuang, ketapang, caserina dan pokok kelapa.

Keterangan berkaitan Pulau Billean adalah seperti berikut:

  • Lokasi : Pulau Billean
  • Daerah kepulauan air : Labuk Sugud
  • Deskripsi : Lot Ukur Bil. 08200041
  • No. Pelan : L.S.C. 1204-8-2-40
  • Luas Kawasan Lebih Kurang : 2 Hektar