Pulau Hashima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pulau Hashima
Nama asli: 端島
Battle-Ship Island Nagasaki Japan.jpg
Pandangan dari udara
Geografi
Lokasi Asia Timur
Luas  (Tiada)
Pentadbiran
Jepun
Wilayah Wilayah Nagasaki
Demografi
Jumlah penduduk 0 (setakat 2011)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Hashima dari arah laut, 2012

Pulau Hashima (端島, Hashima), biasanya dipanggil Gunkanjima (軍艦島; bermaksud "Pulau Kapal Perang"), merupakan salah sebuah daripada 505 buah pulau yang tidak didiami di wilayah Nagasaki, Jepun. Ia terletak kira-kira 15 kilometer (9 batu) dari Nagasaki. Nama gelaran pulau ini datang daripada bentuknya yang menyerupai kapal tempur Jepun kelas Tosa.[1] Ia juga dikenali dengan gelarannya sebagai Pulau Hantu daripada keadaannya yang terbiar setelah ia ditutup

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pulau ini telah dibeli oleh syarikat Mitsubishi pada tahun 1890 bagi tujuan perlombongan arang batu bawah laut dan telah ditinggalkan pada tahun 1974. Antara ciri paling terkenal yang terdapat di pulau ini ialah bangunan pangsapuri and tembok laut konkrit yang telah ditinggalkan dan masih berada dalam keadaan baik. Pulau ini ditadbir sebagai sebahagian daripada kota Nagasaki setelah penggabungan bekas bandar Takashima pada tahun 2005.[petikan diperlukan]

Hashima dikenali oleh perlombongan dan operasi arang batunya semasa zaman perindustrian di Jepun. Mitsubishi membeli pulau ini pada tahun 1890 dan memulakan projek dengan tujuan utamanya ialah melombong arang batu di bawah laut. Mereka telah membina bangunan konkrit terbesar di Jepun dengan setinggi 9 tingkat.[2] Sebuah blok pangsapuri kemudian dibina pada tahun 1916 bagi menempatkan para pekerja. Bahan konkrit telah dipilih secara khusus bagi melindungi kemudahan daripada ancaman dan kerosakan ribut taufan. Pada tahun 1959, populasi pulau ini mencapai kemuncaknya dengan 5,259 orang penduduk dan ketumpatan populasi seramai 835 orang per hektar (83,500 orang/km2, 216,264 orang per batu persegi) bagi keseluruhan pulau, atau 1,391 per hektar (139,100 orang/km2) bagi daerah kediaman.[3]

Apabila petroleum mengantikan arang batu di Jepun pada tahun 1960-an, lombong-lombong arang batu mula ditutup di seluruh negara, termasuk Hashima. Mitsubishi secara rasminya mengumumkan penutupan lombong ini pada tahun 1974. Hashima kini dikenali sebagai Pulau Hantu.[4] Perjalanan ke Hashima telah dibuka semula pada 22 April 2009 selepas 35 tahun ditutup.[5]

Keadaan sekarang[sunting | sunting sumber]

Puing lombong, 2012

Pulau ini semakin mendapat perhatian antarabangsa bukan sahaja lantaran warisan wilayah modennya, malahan juga lantaran saki-baki kompleks perumahan yang tidak terusik mewakili tempoh dari zaman Taishō sehingga zaman Shōwa. Pulau ini telah menjadi topik perbualan penggemar puing.

Lantaran pulau terbiar ini tidak diuruskan, beberapa buah bangunan telahpun roboh. Bangunan-bangunan lain yang ada berkebarangkalian pecah musnah. Walau bagaimanapun, sesetengah dinding luaran yang kerobohan telahpun dipulihkan dengan konkrit.[6]

Ketika pulau tersebut dipunyai oleh Mitsubishi Material sehingga tahun 2002, pulau ini telah dipindahkan ke pekan Takashima. Buat masa sekarang, bandar Nagasaki yang menyerap pekan Takashima pada 2005 melaksanakan bidang kuasanya ke seluruh pulau. Sebahagian kecil pulau telah dibuka semula untuk pelancongan pada 22 April 2009.[7] Pembukaan penuh pulau ini memerlukan jumlah wang yang banyak untuk memastikan premis tersebut selamat lantaran bangunan-bangunan yang semakin usang dimamah usia.

Tarikan terkini[sunting | sunting sumber]

Sebuah blok pangsapuri di pulau ini, sekitar 1930

Pada 23 Ogos 2005, pulau ini hanya terbuka kepada wartawan sahaja dengan pemandangan bangunan-bangunan terbiar di pulau itu dipaparkan kepada media. Asalnya, pihak bandar Nagasaki bercandang untuk membina sebuah dermaga untuk menjadikan pulau itu sebagai pusat pelancongan. Selain itu, sebuah laluan jalan kaki sepanjang 220 meter telah dirancang (kemasukan ke kawasan bangunan yang tidak selamat adalah dilarang).

Akibat kelewatan dalam pembinaan, pihak Nagasaki mengumumkan bahawa kemasukan orang awam ditangguhkan selama setahun hingga musim bunga 2009. Namun, pihak bandar mengalami masalah keselamatan berkenaan risiko bangunan di pulau itu runtuh akibat terlalu usang.

Keadaan cuaca yang dahsyat menyebabkan lawatan hanya boleh dibuat dalam sekurang-kurangnya 160 hari setahun.

Pendaftaran Warisan Dunia[sunting | sunting sumber]

Persiaran di pulau, Ogos 2010

Terdapat usulan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan agar pulau ini dijadikan tapak tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai sebahagian daripada Tapak Warisan Industri Moden yang sedia ada di Kyushu dan Yamaguchi.[8] Usulan ini mendapat sokongan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun pada Ogos 2006 sebagai percubaan memanfaatkan warisan budaya tersebut sebagai sumber pendapatan pelancongan di kawasan gabungan Kyushu-Yamaguchi.

Usulan ini dibantah oleh pihak Korea Selatan atas sebab dakwaan bahawa kemudahan perlombongan arang batu di pulau tersebut menjadi tempat kerahan buruh-buruh kasar dari China dan Korea sewaktu Perang Dunia Kedua.[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kawamoto, Yashuhiko. "Deserted 'Battleship Isle' may become heritage ghost ship," The Japan Times. February 17, 2009.
  2. ^ Der Spiegel (Article) (dalam bahasa German), DE 
  3. ^ "Japan's 007 island still carries scars of wartime past". CNN. 2013-06-13. Dicapai 2013-08-22. 
  4. ^ Burke-Gaffney, Brian (Summer 1996), "Hashima: The Ghost Island", Crossroads: A Journal of Nagasaki History and Culture, UWOSH (4): 33–52, ISSN 0919-6102 
  5. ^ "Abandoned 'Battleship Island' to reopen to public in Nagasaki". Japan. The Mainichi Daily News. 21 April 2009. Diarkibkan daripada asal pada 2009-04-22. Dicapai 2009-04-22. 
  6. ^ Pulin. "昔の思い出 昭和末期の長崎の端島(いわゆる軍艦島)のこと" (dalam bahasa Japanese). Dicapai 16 August 2014. 
  7. ^ Bender, Andrew. "The Mystery Island From 'Skyfall' And How You Can Go There". Forbes. Forbes, Inc. Dicapai 26 May 2014. 
  8. ^ TV Asahi (2008-05-23). Broadcast. TV Asahi, 23 May 2008.
  9. ^ Japan Attempts to Put Island Where Koreans Were Worked to Death on World Heritage List, Donga 
  10. ^ Burke-Gaffney, Brian. "HASHIMA: THE GHOST ISLAND". University of Wisconsin, Oshkosh. Dicapai 2012-11-18. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 32°37′40″N 129°44′18″E / 32.62778°N 129.73833°E / 32.62778; 129.73833