Pulau Kalumpang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Kalumpang terletak di Kuala Gula, Bagan Serai, Perak, Semenanjung Malaysia. Terletak kira-kira 45 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Kuala Gula.

Pulau Kalumpang mula dikenali sejak 1988 sebagai tapak arkeologi bagi membuktikan bahawa manusia telah wujud ribuan tahun di kawasan hutan paya bakau. Hutan bakau merupakan kawasan pertemuan air laut Selat Melaka yang masin dengan air Sungai Selinsing yang tawar.

Manusia pra sejarah yang dikeluarkan ini merupakan rangka pra sejarah pertama di dunia yang tinggal di kawasan hutan bakau.

Tapak arkeologi[sunting | sunting sumber]

Pulau Kalumpang berdekatan dengan Pulau Buluh. Terdapat 7 buah pulau seluas 2 km persegi. Pulau Satu hingga Pulau 5 adalah kawasan arkeologi utama. Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan dengan Pulau Selinsing, Bagan Serai, Perak.

Pada 15 Julai 2007, tapak ini diwarta sebagai Kawasan Hutan Pemeliharaan Tinggi. Lebih baik tidak ada kajian arkeologi dilakukan daripada melakukan kajian arkeologi secara semberono sahaja.

Asal usul Melayu[sunting | sunting sumber]

Menerusi kajian arkeologi ini dapat dibuktikan siapakah penduduk pertama di Semenanjung Tanah Melayu dan dari manakah orang Melayu berasal dan apakah ciri-cirinya sama sejak dahulu atau tidak.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, definasi seseorang Melayu itu cukup mudah sehingga sesiapapun boleh menjadi Melayu. Menurut Perlembagaan , orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Tetapi definasi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia / Melayu-Polinesia.

Manusia pra sejarah di hutan bakau[sunting | sunting sumber]

Beberapa tempat di India, Kemboja dan Afrika terdapat manusia pra sejarah yang tinggal di hutan bakau. Biasanya manusia pra sejarah tinggal di kawasan gua seperti Gua Niah dan Gua Kain Hitam. Tetapi hanya Malaysia mempunyai kesan peninggalan penempatan prasejarah di hutan bakau.

Hasil penemuan[sunting | sunting sumber]

Kerja ekskavasi dijalankan pada 1987 - 1989 dan terbengkalai . Kemudian disambung semula sejak Mei 2008. Terdapat 11 rangka manusia pra sejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ. Mayat ditanam di bawah rumah kerana terdapat sisa makanan, tulang manusia dan gigi manusia yang hidup sekitar abad ke-2 sebelum masehi hingga 10 masehi.

Ada kemungkinan mereka terdiri daripada sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mereka juga mungkin keturunan India, Sumatera atau Orang Laut. Mereka berhubung dengan orang luar melalui laut dan lebih terbuka berbanding Melayu yang tingal di pedalaman. Gigi mereka ada kesan makanan sirih dan pinang. Serpihan manik dan tembikar membuktikan mereka pernah berhubung dengan dunia luar.

Anehnya banyak pokok buluh di kawasan hutan bakau ini. Biasanya pokok buluh tidak boleh hidup subur di kawasan pertemuan air masin dan air tawar. Tetapi pokok buluh yang mungkin dibawa dari luar telah ditanam . Buluh banyak digunakan untuk membuat rumah, senjata runcing, pancing, tiruk, belat dan sebagainya. Oleh itu pulau dinamakan Pulau Buluh.

Sisa makanan yang ditemui ialah kulit-kulit kerang sehingga dikenali sebagai Pulau kota Kerang.Terdapat lebih 50 jenis kerang telah ditemui di situ. Turut ditemui ialah tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk. Mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama . Ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan untuk menentukan kaitan mereka dengan orang Melayu di Kuala Sepetang, Kuala Gula dan Kuala Kurau.

Anehnya kumpulan manusia pra sejarah ini hilang lenyap begitu sahaja. Punca kepupusan dan kehilangan mereka amat menarik untuk dikaji. [1]

Kumpulan penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Pakar arkeologi dari UKM, Bangi, Selangor , Prof Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman menjadi ketua penyelidikan di Pulau Kalumpang. Kumpulan penyelidik ini turut dibantu oleh pakar arkeologi dari USM.

Rujukan[sunting | sunting sumber]