Pulau Ketam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pulau Ketam
Geografi
Lokasi Selat Melaka
Koordinat 3°2′18.5″N 101°14′48.8″E / 3.038472°N 101.246889°E / 3.038472; 101.246889
Pentadbiran
Negeri Selangor
Daerah Klang
Demografi
Jumlah penduduk 2,000[1] (setakat 2016)
Kumpulan etnik Cina Malaysia (Hokkien, Toechew and Hainan)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Jeti utama Pulau Ketam.

Pulau Ketam (Jawi: ڤولاو كتم; Cina: 吉胆岛; pinyin: Jídǎn Dǎo) ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880 dan terkenal dengan rumah terapung yang berketinggian satu hingga 10 meter dari paras laut.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Bot menangkap ikan tradisional di Pulau Ketam.

Pulau ini merupakan rumah kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira pada tahun 1880-an. Kampung utama di bahagian selatan pulau ini dikenali sebagai Pulau Ketam. Manakala, di bahagian timur laut, terdapat sebuah kampung yang dinamai Sungai Lima (Cina ringkas: 五条港Cina tradisional: 五條港pinyin: Wǔtiáogǎng) kerana kampung ini terletak di serokan kelima dari kampung utama. Toechew dan Hokkien merupakan penduduk asal pulau ini. Dialek yang sering ditutur di Pulau Ketam ialah bahasa Toechew, Hokkien dan Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar serokan kedua. Kawasan lain di sekitar pulau ini merupakan hanyalah paya bakau.

Rumah yang dibina tinggi kerana pulau ini tenggelam ketika air pasang. Laluan pejalan kaki diperbuat daripada konkrit dan sempit. Terdapat juga jambatan kayu yang didirikan sebagai laluan akses dari rumah ke rumah. Di Pulau Ketam, tidak ada kereta namun masyarakat di Pulau Ketam selalunya menggunakan basikal atau motosikal. Tiada juga laluan khas yang menghubungkan kedua kampung ini, oleh sebab itu, penduduk kampung akan menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan. Bagi mereka yang ingin melawat pulau ini, anda bolehlah menggunakan servis feri harian yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Pulau Ketam dan Sungai Lima dengan harga yang berpatutan.

Pulau Ketam juga merupakan antara kawasan tarikan pelancong yang terdapat d Selangor. Di sini, terdapat pelbagai restoran makanan laut dan penduduk yang menjual barangan hasil tangkapan laut yang segar. Selalunya, pengunjung bakal menyewa basikal untuk menjelajah keseluruhan pulau tersebut dan mengambil gambar di rumah-rumah kayu dan tokong-tokong yang cantik belaka. Di sini juga terdapat sebuah pusat Islam yang dijadikan sebagai tempat ibadah dan mesyuarat bagi yang beragama Islam.

Pulau ini dijadikan sebagai set penggambaran untuk filem Malaysia yang berjudul Paint My Love (2015). Filem ini dibintangi oleh penyanyi terkenal tanah air, Fuying dan Sam.

Koordinat: 3°02′00″N 101°15′00″E / 3.03333°N 101.25°E / 3.03333; 101.25


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ Brenda Ch'ng. "Going back to basics in Pulau Ketam". The Star Online. Dicapai 15 March 2018.