Pulau Kukup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pulau Kukup, Johor
ڤولاو كوكوڤ، جوهر
Coat of arms of Johor.svg
Geografi
Status Pulau
Negara  Malaysia
Negeri  Johor
Daerah Pontian
  • Bandar terdekat: Kukup, Pontian
  • Koordinat: 1°19'24"N 103°25'45"E

Pulau Kukup terletak di hadapan bandar Kukup, Pontian, selatan Johor , negara Malaysia. Pulau ini menjadi penampan angin kencang dari Selat Melaka ke daratan terutama Ribut Sumatera antara Mac - Mei. Pulau ini menjadi lokasi menarik bagi burung ramsar - yang terbang singgah semasa berhijrah dari benua Australia yang panas ke hemisfera utara yng lebih sejuk.

Hutannya terdiri daripada pokok bakau dan menjadi habitat untuk anak -anak ikan, udang, ketam, siput, kerang dan lain-lain. Bot pancung boleh disewa di jeti Kukup jika ingin menikmati keindahan hutan pokok bakau dan meninjau kehidupan nelayan pantai.

Pulau Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak tidak jauh dari Tanjung Piai iaitu bahagian paling selatan benua Asia. Tidak lengkap kunjungan ke Tanjung Piai tanpa singgah ke pekan Kukup yang mempunyai tarikan dan sejarahnya tersendiri.Pulau Kukup yang terletak di perairan Selat Melaka lebih dikenali sebagai satu lagi taman negara di dalam Negeri Johor.

Seperti Tanjung Piai, Pulau Kukup yang mempunyai keluasan 1,447 hektar turut mendapat pengiktirafan sebagai Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar). Pengurus Ramsar Taman Negeri Johor, Siti Nur Azimah Abdul Wahab memaklumkan bahawa Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia. Kawasan hutan bakau seluas 647 hektar di Pulau Kukup mewakili tiga per empat daripada keseluruhan hutan bakau di negara ini.

Dahulu banyak lanun[sunting | sunting sumber]

Catatan Abdullah Munsyi, sasterawan Melayu terawal ada menyatakan bahawa "Maka di situlah (Pulau Kukup) tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang. Orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kerap orang terserempak didapatinya dengan senangnya."

Ahli sejarah, Salleh Md. Don mengatakan kegiatan lanun di perairan Kukup memuncak pada zaman penjajahan Belanda antara 1818-1824.Kegiatan menyamun dan merampas barang dagangan di situ menyebabkan golongan pelayar takut untuk melalui perairan Kukup.Setiap kapal dagangan, tongkang dan perahu nelayan yang diserang akan ditelungkup (lingkup) oleh lanun. Daripada perkataan 'telungkup' itulah Kukup mendapat nama,

Mitos puteri lima beradik[sunting | sunting sumber]

  1. Pulau Kukup juga terkenal dengan legenda puteri kayangan lima beradik yang kehilangan adik bongsu mereka selepas jatuh cinta dengan seorang pelayar. Untuk mencari puteri bongsu, keempat-empat puteri kayangan itu telah menyumpah pulau itu tenggelam dengan harapan adik mereka akan timbul di permukaan. Malangnya adik bongsu mereka tidak juga ditemui dan pulau itu bertukar menjadi pulau yang dipenuhi lumpur sehingga dipenuhi pokok bakau.
  2. Mitos kedua pula mengatakan Pulau Kukup dijaga oleh seekor ular gergasi. Masyarakat terdahulu pernah terserempak dengan ular yang mempunyai saiz luar biasa. Ular itu dikatakan menghuni kawasan lapang di tengah-tengah Pulau kukup. Ular itu dipercayai sering berenang berulang-alik ke Pulau Pisang dan Pulau Karimun di Selat Melaka.

[1]

  1. Pernah jadi sarang lanun