Pulau Mozambique

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gereja Santo António yang terletak di Pulau Mozambique

Pulau Mozambique (Bahasa Portugis: Ilha de Moçambique) terletak di utara Mozambique, di antara Selat Mozambique dan Teluk Mossuril, dan merupakan sebahagian daripada Wilayah Nampula. Sebelum tahun 1898, ia adalah ibu kota Afrika Timur Portugis di bawah kuasa pihak Portugis. Dengan sejarahnya yang kaya dan pantai berpasir, Pulau Mozambique adalah tapak Warisan Dunia UNESCO dan salah satu destinasi pelancongan yang paling pesat berkembang di Mozambique. Ia mempunyai penduduk tetap sekitar 14,000 orang dan dilayan oleh Lapangan Terbang Lumbo yang berdekatan di daratan Nampula. Nama negara Mozambique, berasal dari nama pulau ini dan pulau ini pula dinamakan sempena Musa bin Malik Mbiki, nama pelayar dan pedagang Arab pertama yang menemukan pulau ini.