Pulau Pramuka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulau Pramuka
Pelabuhan Pulau Pramuka
Pulau Pramuka is located in Bumi
Pulau Pramuka
Pulau Pramuka (Bumi)
Geografi
LokasiTeluk Jakarta
Koordinat5°44′46″S 106°36′50″E / 5.746°S 106.614°E / -5.746; 106.614
KepulauanKepulauan Seribu
Luas16[1] he (40 ekar)
Aras tertinggi2 m (7 ft)
Pentadbiran
Ibu negara cityJakarta
Demografi
Populasi+2,000[1]
Kumpulan etnikSuku Betawi, Bugis, Banten, Jawa, Madura, Minangkabau.[2]
Gerbang pelabuhan Pulau Pramuka, Wilayah Pentadbiran Kepulauan Seribu, Indonesia

Pulau Pramuka merupakan salah satu pulau yang berada pada gugusan Kepulauan Seribu. Pulau ini merupakan bandar dan pusat pentadbiran Wilayah Pentadbiran Kepulauan Seribu. Pulau Pramuka termasuk ke dalam Kelurahan Pulau Panggang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pulau Pramuka pada semasa era orde lama bernama Pulau Lang/Helang, kerana terdapat banyak burung helang merah semasa itu. Hingga tahun 1980-an, masih dapat ditemukan helang merah di sekitar Pulau Pramuka. Helang-helang itu hilang seiring pembersihan pulau untuk dijadikan perkampungan.

Asal nama Pulau Pramuka didapatkan kerana pernah adanya kegiatan kepanduan. Sebelum adanya Bumi Perkhemahan Cibubur di Jakarta, pihak kepanduan menghantar anggotanya untuk berlatih di pulau ini, sekitar tahun 1950-an hingga 1970-an.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Masyarakat tempatan yang mendiami Pulau Pramuka sebahagian besar ialah etnik Betawi, Bugis, Banten, Madura, dan Minangkabau. 99.7% penduduk tetap Pulau Pramuka beragama Islam, 0.3% beragama Katolik dan lainnya.[3]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pulau ini dapat dicapai melalui perjalanan laut dengan perahu motor tradisional dari pelabuhan Kali Adem, Muara Angke, Kelurahan Kapuk Muara; atau dengan motobot (speedboat) dari dermaga kapal Marina Ancol di kompleks Taman Impian Jaya Ancol.[4]

Sekiranya ingin melancong ke pulau lainnya di Kepulauan Seribu, para pelancong dapat menyewa ojek perahu untuk dihantar langsung ke Pulau Panggang, Pulau Karya, Pulau Semak Daun, dan pulau-pulau lainnya.

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Di pulau ini terdapat sarana pelestarian penyu karah (Eretmochelys imbricata) yang semasa ini bilangannya sudah sedikit sehingga dilindungi.[4] Selain itu terdapat pula penanaman pokok bakau sebagai usaha pembaikan pertahanan pantai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kecamatan Kepulauan Seribu Dalam Angka 2019" (dalam bahasa Indonesia). BPS Pentadbiran Kepulauan Seribu. 26 September 2019. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  2. ^ "Database Jurnal Ilmiah Indonesia Vol.1 No.3" (dalam bahasa Indonesia). LIPI. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-07. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  3. ^ Susetyadi, Ari, Muhammad Yusuf, Lukiana, Evaluasi Bandar Udara Pulau Panjang Dalam Menunjang Pariwisata Di Kepulauan Seribu[pautan mati kekal], halaman 397. , LIPI, Vol. 1, No. 3, Tahun 2009. Diakses 1 Februari 2011.
  4. ^ a b Bonny, Dwifriansyah (22 November 2009). "Menjelajahi Kepulauan Seribu, Asyiknya Ber-snorkeling" (dalam bahasa Indonesia). Koran Tempo. Dicapai pada 14 Oktober 2020.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]