Pulau Simeulue

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Topografi Simeulue

Pulau Simeulue atau Simalur merupakan pulau yang terletak di barat Sumatera. Terletak lebih kurang 150 kilometer dari melepasi pantai barat Aceh, juga merupakan pulau pemerintahan Kabupaten Simeulue di tengah Lautan Hindi. Kedudukan geografinya terpencil dari daratan utama, hiruk-pikuk konflik di Aceh daratan tidak pernah dilihat di kawasan ini, bahkan tiada pergerakan GAM di kawasan kepulauan ini.

Pulau ini terkenal dengan hasil cengkihnya. Penduduk kawasan ini juga berkedudukan seperti orang Nias, dengan kulit kuning dan sepet seperti orang Cina dan mempunyai bahasa yang berbeza dengan Aceh daratan. Hampir seluruh penduduk kepulauan ini beragama Islam. Setelah masa keemasan cengkih mula menurun, sebahagian besar masyarakat Simeulue mula beralih ke kawasan sawit dan tanaman horikultur sebagai mata pencarian seharian.

Koordinat: 2°35′16″N 96°7′55″E / 2.58778°N 96.13194°E / 2.58778; 96.13194