Pulut kuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pulut kuning.

Pulut kuning merupakan sejenis sajian istimewa bagi orang-orang Melayu. Ia merupakan pulut yang dimasak dengan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna. Biasanya ia dimakan dengan gulai atau, rendang ayam, atau daging pada majlis keramaian, seperti hari perkahwinan, kenduri kesyukuran, dan lain-lain hari yang istimewa.

Pada suatu masa dahulu, ia merupakan kemestian bagi upacara menyembah ancak, dan dihidangkan bersama ayam panggang atau ayam golek. dan telur ayam rebus, tetapi kini tidak dilakukan lagi.

Pada hari ini, pulut kuning boleh didapati sebagai sajian sarapan pagi, dan dimakan dengan rendang ayam atau rendang daging.

Foodlogo.svg  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.