Pumis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Spesimen pumis berporos tinggi dari gunung berapi Teide di Tenerife, Kepulauan Canary. Kepadatan spesimen dianggarkan kira-kira 0.25 g/cm3 (0.14 oz/cu in); skala ditunjukkan dalam sentimeter.

Pumis, dipanggil pumisit dalam bentuk debu atau serbuk halusnya, adalah batu gunung berapi yang terdiri daripada kaca vulkanik bertekstur vesikel kasar tinggi, yang mungkin atau mungkin tidak mengandungi kristal. Ia biasanya berwarna cerah. Scoria merupakan satu lagi batu gunung berapi vesikular yang berbeza daripada pumis dari segi vesikelnya yang lebih besar, dinding vesikel yang lebih tebal, berwarna gelap dan lebih padat.[1][2]

Pumis terhasil apabila batu yang dipanaskan dan bertekanan tinggi diluahkan daripada gunung berapi. Struktur berbuih luar biasa pumis berlaku disebabkan penyejukan dan penyahtekanan yang cepat dan serentak sewaktu pembentukannya. Penyahtekanan ini menghasilkan buih dengan menurunkan keterlarutan gas (termasuk air dan karbon dioksida) yang larut dalam lava, menyebabkan gas dilepaskan dengan cepat (sepertimana munculnya buih CO2 apabila membuka minuman bersoda). Kedua-dua penyejukan dan penyahtekanan ini memerangkap gelembung dalam suatu matriks. Letusan yang berlaku bawah air disejukkan dengan cepat, dan jumlah besar pumis yang dihasilkan boleh mendatangkan bahaya kepada kapal kargo.[3]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Ia digunakan sebagai bahan pelelas, terutama dalam penggilappemadam pensel, bahan pengelupas kosmetik, dan pengeluaran seluar jeans jenis stone-wash. "Batu pumis" itu sendiri sering digunakan di salon kecantikan semasa proses rawatan kaki untuk membuang lebihan kulit kering dari bawah kaki serta belulang. Ia juga digunakan ketika zaman Yunani dan Rom kuno untuk mengeluarkan rambut yang berlebihan.[4] Pumis yang dikisar halus ditambah ke beberapa ubat gigi dan pembersih tangan jenis berat (seperti sabun lava) sebagai bahan pelelas ringan. Pumis juga digunakan sebagai substrat untuk menanam tanaman hortikultur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jackson, J.A., J. Mehl, and K. Neuendorf (2005) Glossary of Geology American Geological Institute, Alexandria, Virginia. 800 pp. ISBN 0-922152-76-4
  2. ^ McPhie, J., M. Doyle, and R. Allen (1993) Volcanic Textures A guide to the interpretation of textures in volcanic rocks Centre for Ore Deposit and Exploration Studies, University of Tasmania, Hobart, Tasmania..198 pp. ISBN 9780859015226
  3. ^ Redfern, Simon. "Underwater volcano creates huge floating islands of rock, disrupts shipping". Phys.org. Omicron Technology Ltd. Dicapai pada 25 April 2014. 
  4. ^ Sherrow, V. 2001. For appearance' sake: the historical encyclopedia of good looks. Greenwood, ISBN 1-57356-204-1