Punch (minuman)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Punch Bourbon Selatan

Istilah punch merujuk kepada pelbagai jenis minuman, baik alkohol dan bukan alkohol, yang biasanya mengandungi buah atau jus buah.[1][2] Minuman ini diperkenalkan dari India ke United Kingdom pada awal abad ketujuh belas, dan dari situ penggunaannya menyebar ke negara-negara lain.[3] Punch biasanya disajikan di pesta dalam mangkuk besar dan lebar, yang dikenali sebagai mangkuk punch. Minuman punch juga dikenali sebagai minuman campur atau mincam dalam bahasa Melayu.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perkataan punch mungkin kata pinjaman daripada Hindi पाँच (pāñć), yang bermaksud "lima", kerana minuman itu sering dibuat dengan lima bahan: alkohol, gula, lemon, air, dan teh atau rempah-rempah.[5][6] Ada yang percaya perkataan itu berasal dari perkataan Inggeris puncheon, yang merupakan keterangan ispadu untuk tong bersaiz tertentu yang digunakan untuk mengangkut alkohol di kapal.[7]

Minuman itu dibawa ke England dari India oleh pelayar dan pekerja Syarikat Hindia Timur Inggeris pada awal abad ke-17. Dari situ, ia diperkenalkan ke negara-negara Eropah yang lain. Apabila disajikan secara komunal, minuman tersebut dijangka mempunyai kandungan alkohol yang lebih rendah daripada koktel biasa.[3][8]

Istilah punch pertama kali direkodkan dalam dokumen Inggeris pada tahun 1632. Pada masa itu, kebanyakan punch adalah yang dibuat dengan asas wain atau brandi. Tetapi sekitar tahun 1655, rum Jamaika mulai digunakan, dan punch "moden" muncul.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Punch at dictionary.com
  2. ^ "Surprising history of punch". History.com. Dicapai pada 27 January 2019.
  3. ^ a b Edwards, Graham and Sue. The Language of Drink, Alan Sutton Publishing, 1988.
  4. ^ "Carian Umum DBP: Mincam". PRPM.
  5. ^ Loanwords
  6. ^ Punch at the Online Etymology Dictionary
  7. ^ "The History of Punch". diffordsguide.com. Dicapai pada 27 January 2019.
  8. ^ "A Vintage Cocktail That Packs A Punch", NPR, December 30, 2010, with 3 vintage recipes

Sumber[sunting | sunting sumber]