Pungutan suara di Afrika Selatan 1960

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hendrik Verwoerd, Perdana Menteri Afrika Selatan yang pertama

Satu referendum atau pungutan suara untuk menjadi sebuah republik telah diadakan di Afrika Selatan pada 5 Oktober 1960. Parti Kebangsaan, iaitu parti sayap kanan yang dikuasai Afrikaner, yang telah berkuasa sejak tahun 1948, secara terang-terangan mahukan negara menjadi republik, dan menganggap kedudukan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara sebagai peninggalan imperialisme Inggeris yang lama[1]. Pemerintah Parti Kebangsaan kemudian menganjurkan referendum mengenai apakah Kesatuan Afrika Selatan ketika itu harus menjadi sebuah republik. Undian, yang terhad kepada orang kulit putih sahaja - melihat satu pertembungan sengit antara pro-republik dan anti-republik. Akhirnya, kemenangan diperoleh pihak pro-republik yang mendapat undi sebanyak 52.29%[2]. Republik Afrika Selatan ditubuhkan pada 31 Mei 1961.

Perubahan[sunting | sunting sumber]

Beberapa perkara tidak berubah, misalnya bendera negara masih dikekalkan dan Perdana Menteri masih merupakan ketua kerajaan. Apabila Republik Afrika Selatan diisytiharkan pada 31 Mei 1961, Ratu Elizabeth II tidak lagi menjadi ketua negara, dan Gabenor Jeneral terakhir Kesatuan, Charles R. Swart, mengambil alih jawatan sebagai Presiden Negara pertama. Pada asalnya jawatan Presiden itu adalah jawatan istiadat, tetapi ia menjadi jawatan eksekutif pada tahun 1984 ketika perlembagaan digubal menghapuskan jawatan Perdana Menteri dan mengalihkan kuasanya kepada presiden negara[3]. Perubahan ini berlaku semasa pemerintahan P.W.Botha.

Banyak negara Komanwel yang baru sahaja mencapai kemerdekaan telah menentang keahlian Afrika Selatan kerana dasar aparteidnya. Sebaik sahaja negara ini menjadi republik, ia telah keluar daripada Komanwel[4].

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ South Africa: A War Won, TIME, 9 Jun 1961
  2. ^ The Statesman's Year-Book 1975-76, J. Paxton, 1976, Macmillan, ms 1289
  3. ^ "P.W. Botha Biography, Life, Interesting Facts". Sunsigns.org.
  4. ^ "South Africa withdraws from the Commonwealth". South African History Online.org.