Pergi ke kandungan

Punithan Paramsiven

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Punithan Paramsiven
Fail:-
Punithan Paramsiven
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional
Menyandang jawatan
15 July 2023
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehSantharasekaran Subramaniam
Presiden Parti Rakyat India Malaysia Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehSantharasekaran Subramaniam
Maklumat peribadi
Lahir
Punithan Paramsiven

0
Selangor
Parti politikParti Rakyat India Malaysia (MIPP)
Pasangan0
Tempat belajarUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Punithan Paramsiven adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India.

Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat India Malaysia. Beliau dikenali kerana kelantangannya dalam isu-isu berkaitan keadilan sosial, hak asasi manusia, serta marginalisasi komuniti India di Malaysia.

Beliau menggantikan Santharasekaran Subramaniampada tahun 2023 sebagai Presiden parti tersebut. Beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi untuk Perikatan Nasional dan juga president bagu Jawatankuasa Nasional untuk Komuniti India di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN)[1].

Sebagai Presiden MIPP, Punithan berusaha untuk memperkukuhkan sokongan komuniti India terhadap PN.

Selain itu, beliau turut pernah memegang jawatan sebagai EXCO Pemuda MIC Kebangsaan[2][3] dan terlibat dengan Synergy Group.

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Punithan berasal dari Selangor. Beliau memperoleh pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.

Kerjaya Politik

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan bekas Ketua Pemuda MIC Selangor.Penglibatan awal beliau dalam politik bermula melalui MIC sebelum mengambil langkah untuk menubuhkan Parti Rakyat India Malaysia (PRIM) sebagai wadah baharu bagi masyarakat India Malaysia.

Penubuhan dan Kepimpinan PRIM

[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Disember 2023, Punithan dilantik sebagai Presiden PRIM, menggantikan Santharasekaran Subramaniam. Di bawah kepimpinan beliau, PRIM telah mengukuhkan kedudukannya sebagai parti politik yang mewakili masyarakat India Malaysia dan menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi pada 22 April 2024 .

Peranan dalam Perikatan Nasional

[sunting | sunting sumber]

Selain mengetuai PRIM, Punithan juga berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Masyarakat India dalam Perikatan Nasional. Beliau aktif dalam merangka strategi untuk memperkukuh sokongan masyarakat India terhadap PN dan memastikan isu-isu komuniti tersebut mendapat perhatian dalam dasar-dasar gabungan .

Pendekatan Politik

[sunting | sunting sumber]

Punithan dikenali sebagai pemimpin yang lantang dalam memperjuangkan hak masyarakat India Malaysia. Beliau menekankan kepentingan parti berasaskan kaum dalam memastikan suara komuniti minoriti didengar dan diwakili secara efektif dalam sistem politik negara .

Kritikan dan Pandangan

[sunting | sunting sumber]

Punithan juga aktif dalam menyuarakan pandangan terhadap isu-isu antarabangsa yang berkaitan dengan masyarakat India. Sebagai contoh, beliau mengkritik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai Kashmir, menyatakan bahawa penggunaan istilah "Indian Administered Kashmir" boleh menjejaskan hubungan diplomatik dengan India. Punithan Paramsiven aktif dalam menangani isu-isu berkaitan kuil Hindu di Malaysia.Sebagai Presiden PRIM dan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Punithan telah menyatakan hasrat untuk melihat seorang wakil masyarakat India dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau berpendapat bahawa masyarakat India, yang merupakan sebahagian penting dari populasi negeri tersebut, layak mendapat representasi yang lebih signifikan dalam pentadbiran negeri. Punithan juga menekankan bahawa PRIM bersedia untuk memimpin PN di Pulau Pinang dan tidak terikat dengan legasi parti-parti lain dalam gabungan tersebut .

[4]