Puppy Dog Pals

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Puppy Dog Pals
Fail:PuppyDogPals.jpg
Juga dikenali sebagai
Pengembaraan Anak Anjing
Genre
PenciptaHarland Williams
Pengarah
  • Scott Bern
  • Trevor Wall
  • Stephanie Arnett
  • Bill Breneisen
  • Spencer Laudiero
  • Sean Coyle
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
Andy Bean
Lagu pembukaan"Puppy Dog Pals" oleh
Andy Bean
Lagu penutup"Puppy Dog Pals" (instrumental)
PenggubahAndy Bean
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod55 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Sean Coyle
  • Richard Marlis
  • Carmen Italia
PenerbitHarland Williams[1]
Tempoh siaran24 minit
Syarikat penerbitan
Wild Canary Animation[1]
Syarikat pengedaran
Disney–ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asal
Format gambarHDTV 1080i
Format audioStereo
Siaran asal14 April 2017 (2017-04-14) – sekarang (sekarang)
Pautan luar
Laman sesawang

Puppy Dog Pals (Puppy Dog Pals dalam versi bahasa Indonesia dan Pengembaraan Anak Anjing dalam versi bahasa Melayu; sebelum ini berjudulkan Puppy Dog Tails[2]) ialah sebuah siri animasi komputer televisyen kanak-kanak Amerika Syarikat yang dicipta oleh Harland Williams. Siri ini pertama kali ditayangkan di Disney Junior dan di Disney Channel di Amerika Syarikat pada 14 April 2017.[3]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Pengembaraan Anak Anjing adalah tentang dua ekor anak pug bersaudara,[1] Bingo dan Rolly, yang berseronok mengelilingi sekitar kejiranan mereka dan dunia apabila tuan mereka meninggalkan rumah. Mereka juga mempunyai kakak kucing yang bernama Hissy dan seekor anjing robot yang bernama A.R.F. (Autodoggy Robotic Friend).

Watak[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

  • Bingo (disuarakan oleh Issac Ryan Brown) – Pug kelabu-hitam dengan kolar biru dengan petir yang lebih matang daripada kembarnya Rolly. Ia ketua bagi dirinya dan Rolly. Bingo sentiasa bersedia untuk melaksanakan misi dengan adiknya untuk membantu seseorang yang berkeperluan.
  • Rolly (disuarakan oleh Sam Lavagnino) – Pug perang kekuning-kuningan dengan kolar merah dengan tulang emas. Ia tidak sepintar Bingo dan sangat suka bermain-main. Ia adik kembar kepada Bingo. Rolly suka mengunyah apa-apa yang dapat ditemukan, yang merupakan tabiat buruk.
  • Bob (disuarakan oleh Harland Williams) – Tuan kepada Bingo, Rolly, Hissy, dan A.R.F. Dia juga bekerja sebagai Pereka Industri/Pereka Produk atau pencipta. Dalam Musim 2, Bob juga telah mengubah suai pagar di antara rumahnya dengan rumah Chloe supaya Keia dapat bermain dengan Bingo, Rolly, dan Hissy dan mereka semua dapat melawati rumah satu sama lain. Sebagai tambahan, Bob juga telah membuat kolar baharu untuk Keia, yang dipakai olehnya semasa misi dengan Bingo dan Rolly.
  • Hissy (disuarakan oleh Jessica DiCicco) – Kucing tabi ungu yang sinis yang mempedulikan Bingo dan Rolly seperti kakak. Ia kadang-kadang mengikuti Bingo dan Rolly dalam misi mereka. Ia dan Cupcake sahaja merupakan haiwan dengan warna bulu tidak semula jadi.
  • A.R.F. (dikenali sepenuhnya sebagai Autodoggy Robotic Friend; disuarakan oleh Tom Kenny) – Anjing robot yang dicipta oleh Bob. Ia pertama kali muncul dalam "A.R.F." dan dikemaskinikan oleh Bob dalam "Go, Dog. Go!". Ia selalu merujuk dirinya sebagai orang ketiga.
  • Keia (disuarakan oleh Shiloh Nelson) – Anak anjing yang pertama kali muncul dalam Musim 2. Sebagai anak anjing baharu yang dimiliki oleh jiran sebelah Bob, Chloe dan ibunya, Keia juga bersahabat rapat dengan Bingo, Rolly, dan Hissy sejak bertemu dengan mereka. Ia juga dikenali kerana memakai baju lengan panjang berwarna firus dan kolar merah jambu dengan bintang emas padanya. Ia pertama kali muncul dalam episod tayangan perdana Musim 2, "A New Pup in Town".
  • Strawberry (berkomunikasi dengan bunyi decit) – Kumbang kura-kura yang, seperti Bingo, Rolly, dan Hissy, merupakan sahabat rapat kepada Keia, sungguh rapat sehinggan Strawberry berada bersama Keia hampir setiap masa. Seperti Keia, Strawberry juga pertama kali muncul dalam episod tayangan perdana Musim 2, "A New Pup in Town". Keia telah menamai kumbang kura-kura ini "Strawberry" kerana, menurut Keia, ia menyerupai strawberi kerana badan merahnya dengan tompok hitam.

Berulang[sunting | sunting sumber]

  • Cupcake (disuarakan oleh Jill Talley) – Anak anjing Malta merah jambu yang pernah tidak menyukai Bingo dan Rolly. Ia merupakan antagonis utama siri ini, tetapi menjadi anjing baik selepas episod "The Fang Fairy".
  • Rufus (disuarakan oleh Leslie David Baker) – Buldog dengan kolar hitam yang merupakan pembantu Cupcake. Ia diketahui mengejar Bingo dan Rolly berkali-kali, tetapi dalam "Haunted Howl-oween", selepas Rolly menanggalkan kostum Chloe daripadanya, ia membantu mereka pula untuk memulangkan kostum itu. Ia tidak banyak bercakap melainkan menggeram dan menggumam, kecuali satu pengecualian, iaitu Rufus mampu menyebut "Zeus", nama bagi anjing antagonistik dalam "How the Dog Park Was Won".
  • Captain Dog (disuarakan oleh Patrick Warburton) – Bintang rancangan televisyen kegemaran Bingo dan Rolly.
  • Frank Exposition (disuarakan oleh Leslie David Baker) – Lelaki yang secara kebetulan kerap dilihat bercuti dengan isterinya, Esther, semasa misi Bingo dan Rolly. Dalam "A Pyramid Scheme", dia terikat oleh reben, yang menyebabkan Bingo dan Rolly tersalah anggap bahawa dia mumia. Nama keluarganya muncul dalam kredit hujung tetapi tidak pernah disebut dalam episod.
  • Esther Exposition (disuarakan oleh Cheri Oteri) – Isteri kepada Frank. Dalam "Hissy's Big Day", ia diperlihatkan mempunyai iguana peliharaan yang bernama Iggy.
  • Bulworth (disuarakan oleh Huey Lewis) – Anjing tempat pembuangan sampah.
  • Johnathan (disuarakan oleh Jeff Bennett) – Sahabat burung camar Bingo dan Rolly yang selalu bergurau senda.
  • Chloe (disuarakan oleh Emma Shannon) – Anak gadis yang merupakan jiran kepada Bob. Setakat Musim 2, Chloe dan ibunya merupakan pemilik Kelia, seekor anak anjing baharu yang juga bersahabat baik dengan haiwan peliharaan Bob.
  • Strider si Anjing Gembala (disuarakan oleh Mo Collins) – Anjing gembala biri-biri yang petah yang muncul dalam episod "Counting Sheep" dan "Rhapsody in Pug".

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Siri ini ditayangkan pertama kali di Disney Junior pada 14 April 2017 di Amerika Syarikat dan di Kanada pada 23 April 2017. Playtime with Puppy Dog Pals disiarkan di Tiny Pop untuk mengiklankan musim 2 dengan anak anjing baharu, Keia.

Episod[sunting | sunting sumber]

Musim Segmen Episod Tarikh siaran asal
Amerika Syarikat Asia Tenggara
Pertama Terakhir Pertama Terakhir
1 50 25 14 April 2017 (2017-04-14) 27 Julai 2018 (2018-07-27) 21 Ogos 2017 29 April 2019
2 60 30 12 Oktober 2018 (2018-10-12) 14 Oktober 2019 (2019-10-14) 18 Mac 2019 21 Jun 2020
3 Akan diumumkan Akan diumumkan 8 November 2019 (2019-11-08) Akan diumumkan 7 Mei 2020 Akan diumumkan

Penyiaran[sunting | sunting sumber]

Siri ini ditayangkan pertama kali di Disney Junior di Amerika Syarikat pada 14 April 2017 dan di Disney Junior di Kanada pada 23 April 2017. Playtime with Puppy Dog Pals ditayangkan di Tiny Pop untuk mengiklankan Musim 2 dengan anak anjing baharu, Keia. Pada 24 Ogos 2017, Disney Junior memperbaharu siri ini untuk musim kedua, yang ditayangkan pertama kali pada 12 Oktober 2018. Pada 7 September 2018, musim ketiga ditempah. Sebelum tayangan perdana musim 3, musim keempat telah ditempah.

Media rumah[sunting | sunting sumber]

Media rumah diedarkan oleh Walt Disney Studios Home Entertainment.

Rantau Judul Episod Musim Tempoh Tarikh Rujukan
1 Going on a Mission! 6 1 183 minit 10 April 2018 (2018-04-10)
Playtime with Puppy Dog Pals 6 1 183 minit 22 Januari 2019 (2019-01-22)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Calon Keputusan Rujukan
2018 Daytime Emmy Awards Outstanding Individual in Animation Steve C. Meyers Menang
Outstanding Casting for an Animated Series or Special Allyson Bosch Dicalonkan
2019 Annie Awards Outstanding Achievement for Editorial in an Animated Television/Broadcast Production Adam Rickabus Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Puppy Dog Pals – Fact Sheet". Disney Junior Press. 23 Mac 2017. Dicapai pada 14 April 2017.
  2. ^ Mercedes Milligan (4 Mac 2016). "Disney Junior Announces 'Vampirina,' 'Puppy Dog Tails'". Animation Magazine. Dicapai pada 22 April 2017.
  3. ^ "'Puppy Dog Pals' To Premiere April 14 on Disney Channel". Animation World Network. 30 Mac 2017. Dicapai pada 14 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]