Purana
Teks Hindu |
Śruti
|
Purana (bahasa Sanskrit: पुराण, purāṇa - "purba") merangkumi kesusasteraan Hindu yang amat luas mengenai pelbagai subjek, khususnya mengenai mitologi, lagenda dan tradisi masyarakat India. Kebanyakan kesusasteraan ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, meskipun terdapat beberapa Purana popular dalam bahasa vernakular lain.
Terdapat 18 Maha Purana (atau Purana utama) dan 18 Upa Purana (Purana minor) dalam bahasa Sanskrit. Purana dianggap sebagai teks-teks sekunder atau Smriti dalam agama Hindu.
Secara amnya, perkataan 'Purana' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan pada semua zaman.
Maksud-maksud mendalam kitab-kitab suci adalah agar sukar difahami. Tanpa Dharana shakti yang diperolehi dengan amalan Brahmacharya, manusia biasa tidak boleh memahami maksud tersembunyi Veda atau Upanishad. Oleh itu, golongan resi menghasilkan sejenis sastera khas yang dikenali sebagai Purana. Matlamat utama Purana ialah untuk memberikan ajaran Veda dalam gaya yang popular, menarik dan mudah difahami oleh manusia biasa. Purana wujud dalam bentuk cerita dan perumpamaan. Terdapat lapan belas Purana utama, antara yang popular ialah Vishnu Purana, Bhagavata Purana, Skanda Purana, Vayu Purana, Padma Purana, Markandeya Purana dan Agni Purana. Sebahagian Markandeya Purana amat popular dalam kalangan masyarakat Hindu sebagai Devi Mahatmyam atau Chandi.
Ciri-ciri umum Purāṇa
[sunting | sunting sumber]Sebuah Purana dikatakan mengandungi lima ciri-ciri yang membezakannya daripada bentuk karya lain:
- sarga (ciptaan)
- pratisarga (ciptaan pertengahan)
- vamśa (dinasti dewa-dewa dan raja-raja)
- manvantara (empat belas Manu dan zaman-zaman mereka)
- vamsanucarita (genealogi raja-raja dinasti solar dan lunar).
Kadang-kadang beberapa ciri lain ditambah seperti:
- raksha (fungsi perlindungan alam semesta oleh Tuhan)
- samstha (pralaya atau pemusnahan alam semesta)
- hetu (sebab ciptaan iaitu jiwa dan karma)
- vṛtti (penyaraan kehidupan)
- apāśraya (perlindungan atau Brahman)
Kecuali Vishnu Purāṇa, kesemua ciri-ciri ini tidak dibincangkan oleh Purana lain.
Selain lima ciri-ciri umum ini, terdapat beberapa perkara lain yang dibincangkan seperti śrāddha (upacara kematian), kewajiban setiap varṇa and āśrama, tīrtha (tempat-tempat suci), dan penyembahan imej-imej Tuhan. Beberapa buah Purana juga memainkan peranan dalam penyebaran mazhab-mazhab tertentu misalnya, Śaivisme atau Vaiṣṇavisme. Informasi-informasi dalam pelbagai bidang sekular seperti Ayurveda, arkitektual, perancangan bandar, ilmu ramalan, juga dimuatkan dalam sesuatu Purana.