Pusaka Pontianak
Pusaka Pontianak | |
---|---|
Pengarah | Ramon A. Estella |
Dibintangi oleh | Ahmad Mahmud Saadiah Mariam Bahrom Haji Mahadi Aziz Sattar Ahmad Daud Kuswadinata Jah Mahadi Omar Suwita Babjan Ibrahim Pendek Ahmad Nesfu |
Pengedar | Shaw Brothers |
Mula ditayangkan | 1965 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Pusaka Pontianak ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada tahun 1965. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia telah diarahkan oleh Ramon A. Estella dan diterbitkan oleh Shaw Brothers.[1]
Ringkasan[sunting | sunting sumber]
Waris-waris seorang jutawan yang baru meninggal dunia berkumpul di banglonya untuk mendengar wasiatnya. Peguam wasiat berkomplot dengan adik tirinya untuk membolot harta tersebut. Dia memberitahu waris-waris tersebut bahawa almarhum adalah keturunan pontianak. Sesiapa yang inginkan harta tersebut mesti tinggal di banglo jutawan tersebut yang terletak ditengah-tengah sebuah kebun getah, selama empat minggu. Sesiapa yang keluar dari kawasan kebun getah tidak akan mendapat harta wasiat tersebut yang berjumlah 10 juta ringgit termasuk insurans nyawa sebanyak satu juta ringgit. Bagi waris yang meninggal dunia ketika berada dibanglo tersebut, bahagian harta wasiatnya akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang masih hidup. Seorang demi seorang waris dibunuh oleh pontianak yang menggunakan terowong bawah tanah untuk keluar dan masuk kedalam banglo tersebut. Kehadiran wakil syarikat insurans akhirnya berjaya membongkar misteri kewujudan pontianak.
Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]
- Ahmad Mahmud sebagai Safrudin
- Saadiah sebagai Norhayati
- Mariam Bahrom sebagai Zaleha
- Dayang Sofea - Rosminah
- Salleh Kamil - Hambali
- Normadiah - Salbiah
- Haji Mahadi - Abu Kahar
- Aziz Sattar - Kamarudin
- Ahmad Daud - Bob Hamid
- Kuswadinata - Yusof
- Jah Mahadi - Hamidah
- Omar Suwita - Zainal
- Ibrahim Pendek - Comat
- Ahmad Nesfu - Comot
Lagu[sunting | sunting sumber]
- Dendang Pontianak (Jibam Jibam) - Ahmad Daud
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- '^ Staf The Star (4 Jun 2004). "Dawn of the 'pontianaks". The Star. Dicapai pada 2008-10-04.
Shaw Brothers produced Pusaka Pontianak in 1965...
2. Pusaka Pontianak (filem), VCD Edaran Music Valley.