Pusat Akuatik Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pusat Akuatik Nasional
LokasiKuala Lumpur
Pecah tanahNovember 1995
Dibuka1996
PermukaanKolam
Kapasiti3,700 penonton


Pusat Akuatik Nasional ialah kemudahan sukan bersepadu khas yang memenuhi semua keperluan acara pertandingan sukan renang dan junam antarabangsa di bawah satu bumbung. Bahagian hujung Pusat Akuatik Nasional telah dibina mengikut piawaian dan peraturan ketat Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA)

Bumbung membran berbentuk kerang yang ringan ini menutup struktur yang terdapat di bawah. Bumbung ini diapungkan dari tiang gergasi keluli yang condong dengan bentuk tirus yang mencucuk langit tropika. Pada waktu malam kelihatan bumbung bercahaya biru nilam.

Kerja penggalian kolam di Pusat Akuatik Nasional bermula pada November 1995. Superstruktur konkrit untuk tempat duduk tetap dibina antara 1996 dan 1997.

Pembinaan tiang keluli setinggi 99 m memerlukan bingkai sokongan khas sementara ia dipasang seksyen demi seksyen secara menegak.

Bumbung fabrik teknologi tinggi berukuran 7500 meter persegi mempunyai berat 14 tan dan keringanan akhirnya memerlukan kemahiran kejuruteraan yang tepat.

Kemudahan pertandingan utama dalam pusat itu termasuk kolam renang saiz Olimpik yang mempunyai 10 lorong dan kedalaman 50m X 25m X 2-3 m. Sebuah kolang junam dengan kedalaman 25m X 25 m X 5m dengan platform junam dan papan anjal yang berkaitan. Sebuah kolam latihan yang mempunyai 8 lorong dan kedalaman 20m X 50 m X 1.8 m.

Kolam pertandingan digunakan untuk acara perlumbaan renang, polo air dan acara berenang segerak.

Tempat duduk yang dicondongkan untuk 3,700 penonton menghadap terus ke arah kolam. Air ditulenkan menggunakan sistem rawatan air ozon yang terkini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]