Pusat Internet 1Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pusat Internet 1Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai PI1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad. Projek ini dilaksanakan di dalam pembentangan Belanjawan 2013 di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.[1]

Ia diwujudkan bagi memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)". Kerajaan Malaysia. Dicapai 25 Ogos 2018. 
  2. ^ "Manfaatkan Pusat Internet 1Malaysia". Sinar Harian. 23 Januari 2017. Dicapai 25 Ogos 2018. 
  3. ^ "Pusat Internet 1Malaysia, Menghubungkan Komuniti Luar Bandar". Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 27 Februari 2016. Dicapai 25 Ogos 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]