Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pusat Latihan Belia Dusun Tua)
Lompat ke: pandu arah, cari

Pusat Latihan Belia Dusun Tua atau IKBN Dusun Tua terletak di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Tujuannya melatih golongam belia menganggur mendapat kemahiran teknikal dan boleh bekerja dengan sektor swasta atau berniaga sendiri. IKBN Dusun Tua ini di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Mulanya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia Pembina Negara ini ditubuhkan pada 1969 dan dirasmikan oleh Pengarah Majlis Gerakan Negara ketika itu, Tun Abdul Razak.

Semua bangunan asal telah dibina oleh Pasukan Jurutera Malaysia. 40 buah asraman telah dibina untuk menempatkan 3000 pelajar dengan kos RM350,000.

Pusat latihan belia yang serupa telah dibina di Pertak,Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Terengganu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]