Pusat Latihan Tenaga Pengajar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Latihan Tenaga Pengajar - PLTP
Pusat Latihan Tenaga Pengajar
MotoPeneraju Pendidikan Bertaraf Dunia
JenisPusat Pendidikan
Lokasi,
Laman sesawangwww.pltp.my

Pusat Latihan Tenaga Pengajar [1], Laman Rasmi Pusat Latihan Tenaga Pengajar.</ref>, umumnya dikenali sebagai PLTP atau pltp ditubuhkan pada 02 September 2011, di mana PLTP telah mendapat pengiktirafan[perlu rujukan] daripada beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta untuk menjalankan program-program pendidikan. PLTP mengambil langkah bagi menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan pendidikan berterusan dengan menawarkan pelbagai program pendidikan yang mendatangkan manfaat kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi, Diploma dan golongan pekerja sekaligus merealisasikan impian kerajaan dalam mewujudkan modal insan kelas pertama. [2]

Tempat[sunting | sunting sumber]

PLTP terletak di Plaza Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira 1 km jauh dari Pantai Tanjung Aru dan 5 km jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). PLTP juga mempunyai tempat pembelajaran di Kuching, Sarawak.

Program[sunting | sunting sumber]

Pusat Latihan Tenaga Pengajar menawarkan beberapa program pendidikan. Program pendidikan yang ditawarkan mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), di mana MQA menentukan syarat kelayakan bagi kemasukan ke program yang ditawarkan PLTP. Sebelum ini cuma program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak ditawarkan di PLTP. Pada tahun 2012, penstrukturan Unit Perkhidmatan Siswazah PLTP membolehkan lebih banyak program pendidikan yang ditawarkan PLTP.

Sijil[sunting | sunting sumber]

  • Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak

Diploma[sunting | sunting sumber]

  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Diploma Islamic Banking
  • Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerja
  • Diploma Komunikasi
  • Diploma Pengurusan

Ijazah Sarjana Muda (Degree)[sunting | sunting sumber]

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian(Pengurusan Sumber Manusia)

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai kemudahan yang disediakan bagi keselesaan pelajar.

  • Dewan Kuliah
  • Bilik Tutorial
  • Perpustakaan
  • Gym
  • Kompleks Sukan
  • Kafetaria
  • Hostel
  • Pusat Pembangunan Pelajar
  • Mesin Pengeluaran Wang (ATM)

Peluang Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

  • Pensyarah
  • Guru sekolah
  • Guru tadika
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Penyelidik dan pembangun produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra-sekolah
  • Bekerja di sekolah antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan
  • Pegawai sumber manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Senarai Rujukan [sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pusat Latihan Tenaga Pengajar
  2. ^ "Laman Rasmi Pusat Latihan Tenaga Pengajar - Kenali PLTP". PLTP. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]