AEON Bukit Tinggi, Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 2°59′39.5″N 101°26′40″E / 2.994306°N 101.44444°E / 2.994306; 101.44444

AEON Mall Bukit Tinggi
Jenis/bentuk sahKompleks Membeli-Belah
IndustriPerniagaan membeli-belah bersepadu
DitubuhkanDiuruskan oleh AEON
Ibu pejabatBandar Bukit Tinggi, Klang
KeluaranGedung Serbaneka, Pasar Raya, Hiburan, Kemudahan
Tapak webhttps://aeonretail.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
AEON Bukit Tinggi

Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi merupakan sebuah kompleks membeli-belah bersepadu moden yang dibina di atas sebuah tanah dengan sejumlah keluasan 26 ekar, di mana luas kepadatan bangunan adalah sebanyak 2.1 juta kaki persegi. Juga dikenali sebagai Jusco Bukit Tinggi, pusat membeli-belah ini terletak di Bandar Bukit Tinggi, iaitu sebuah kawasan perumahan yang moden dan makmur di selatan bandar DiRaja Klang, Selangor.[1]

Kompleks membeli-belah ini yang telah dibina dengan kos sebanyak RM350 juta ringgit (lebih daripada AS$100 juta dolar Amerika) telah dibuka pada 24 November 2007. Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi merupakan stor ÆON (JUSCO) yang terbesar di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara. Kompleks ini mempunyai lebih daripada 5,000 petak tempat letak kereta.

Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi mempunyai keluasan ruang sewa kasar sebanyak 1 juta kaki persegi. Restoran, kafe, gedung aneka dan kemudahan, medan selera, pusat hiburan, farmasi dan rekreasi serta kedai buku, panggung wayang, gimnasium dan pusat karaoke boleh didapati di dalam kompleks ini. Waktu perniagaan adalah dari pukul 10 pagi hingga 10.30 malam setiap hari.

Panduan tingkat[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai kedai-kedai yang beroperasi di Pusat Membeli-Belah AEON Bukit Tinggi di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Senarai ini disusun mengikut aras tingkat dan kategori kedai. Medan kereta terletak di aras bawah tanah, aras 3, 4 dan aras bumbung.

Tenants[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Welcome to WCT Holdings Berhad". www.wct.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-21. Dicapai pada 2018-05-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]