Pusat Panggilan 1Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Panggilan 1Malaysia atau 1MOCC merupakan pusat panggilan setempat bagi memudahkan komunikasi orang awam dengan agensi kerajaan dan mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Ia diperkenalkan sebagai projek perdana negara di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.[1]

Ia diterajui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dengan penyertaan Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbadanan Putrajaya dan Telekom Malaysia selaku rakan strategik.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000". Kosmo!. 13 November 2012. Dicapai pada 12 Januari 2013.
  2. ^ "Pusat panggilan 1Malaysia dilancar esok". Sinar Harian. 11 November 2012. Dicapai pada 12 Januari 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]