Pusat Penetasan Penyu Segari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Pengurusan Penyu Segari merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak.

Pusat Pengurusan Penyu Segari terletak di Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak. Ia terletak 2 kilometer dari Pekan Segari dan 5 kilometer dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis.

Pusat Pengurusan Penyu Segari telah dibina pada tahun 1990 di atas keluasan tapak berukuran 0.1 ekar. Kajian kesesuaian tapak telah pun bermula pada pertengahan tahun 1989 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan dan WWF. Pada tahun 1992 keluasan 10 ekar tanah telah dipohon dan seluas 5.5 ekar telah diluluskan di atas rezab Jabatan Perikanan oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1994.

Pada umumnya, terdapat 2 jenis penyu yang mendarat di kawasan Pusat Pengurusan Penyu Segari, iaitu Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu-penyu ini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Antara aktivti yang boleh dilaksanakan oleh para pengunjung ialah:-

  • Melihat pameran mengenai penyu dan kitaran hayat mereka.
  • Melawat tapak penetasan penyu.
  • Melawat kolam penyu.
  • Melihat perlepasan anak-anak penyu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]