Pusat Sukan Olimpik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Sukan Olimpik merupakan stadium serbaguna di Beijing, China. Ia kini digunakan untuk perlawanan bola sepak. Ia dibina pada 1990 untuk menganjurkan Sukan Asia 1990. Selepas itu stadium ini kelihatan semakin usang. Namun, kini ia diubahsuai bagi menganjurkan Sukan Olimpik 2008, yang mana di sini akan berlangsung perlawanan bola sepak dan disiplin merentas desa dan Show Jumping bagi Pentatlon Moden. Untuk disiplin show jumping, padang bola sepak dalam venue ini akan dikembalikan kepada piawaian tinggi sementara untuk padang ekuestrian. Pengubahsuaian ini menambah empat gaya-pavillion yang mengelilingi stadium.

Stadium ini mempunyai keluasan lantai 34,975 meter persegi, yang mana berubah daripada bangunan asal iaitu 20,000 meter persegi. Kapasiti stadium juga digandakan selepas pengubahsuaian, daripada 18,000 kepada 36,228.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]