Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Logo KLRCA

Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA: Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration) ialah sebuah pertubuhan bukan untung dan bukan kerajaan yang diasaskan pada 1978 di bawah naungan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO: Asian-African Legal Consultative Organisation) bagi menawarkan satu wadah untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan, perniagaan, dan pelaburan melalui timbang tara. Tidak adanya sebarang pusat timbang tara kebangsaan yang lain di negara Malaysia. Sedangkan pertubuhan ini menerima sokongan kerajaan Malaysia, KLRCA bukan satu cabang atau agensi kerajaan.

Peraturan KLRCA membenarkan banyak kelonggaran dalam menjalankan prosiding timbang tara dan juga membenarkan budi bicara yang luas kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk memilih penimbang tara, tempat timbang tara diadakan, dan peraturan tatacara yang digunakan.