Pusat Warisan Kuala Lumpur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Warisan Kuala Lumpur atau dalam bahasa Inggeris disebut The Heritage Centre of Kuala Lumpur adalah merupakan suatu kawasan yang menempatkan rumah-rumah tradisi Melayu yang terdapat di Malaysia. Terletak di Jalan Stonor, binaan rumah yang didirikan adalah dibina melalui hasil sentuhan daya inspirasi Tudor. Binaan rumah-rumah disana adalah didirikan dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong untuk melihat sendiri gaya suntikan warisan berharga dari Malaysia yang diimbau kembali dari tahun 1925. Diantara binaan rumah yang terdapat disana adalah seperti Pondok Buluh Orang Asli Temiar dan rumah-rumah serta teratak-teratak kampung Melayu. Pusat Warisan tersebut dibuka untuk kunjungan pelancong bermula dari hari Isnin sehinggalah hari Jumaat dari pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang (waktu pejabat di Malaysia).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]