Pusat gempa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat gempa terletak betul-betul di atas tumpuan gempa bumi (hypocenter).

Pusat gempa ialah titik atas permukaan Bumi yang berada betul-betul di atas hipopusat, iaitu titik berasalnya gempa bumi atau letupan bawah tanah.

Untuk gempa bumi, pusat gempa terletak betul-betul di atas kedudukan titik sesar yang mula pecah. Lazimnya, pusat gempa merupakan kawasan yang paling teruk terjejas oleh gempa bumi. Namun demikian, bagi gempa yang teramat kuat, pecahan sesar lebih panjang sehingga menyebabkan kemusnahan merebak ke seluruh zon pecahan. Misalnya, dalam gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Denali di Alaska, pusatnya terletak di hujung barat pecahan, tetapi kemusnahan terbesar belaku kira-kira 330 km dari situ, di hujung timur zon pecahan.[1]

Jarak pusat gempa[sunting | sunting sumber]

Apabila gempa bumi berlaku, gelombang seismos berbentuk sfera merambat keluar dari hipopusat. Pembayangan seismik berlaku di sebelah Bumi yang bertentangan dari pusat gempa bumi kerana teras luar cecair membiaskan gelombang membujur atau mampatan (gelombang P) sambil menyerap gelombang melintang atau ricih (gelombang S). Di luar zon bayangan seismik, kedua-dua jenis gelombang boleh dikesan, tetapi disebabkan laluan-laluannya yang berbeza melalui Bumi, gelombang-gelombang itu melanda pada waktu yang berbeza. Dengan mengukur perbezaan waktu pada mana-mana seismograf serta jaraknya pada graf masa-perjalanan apabila gelombang P dan S sama pemisahannya, ahli geologi boleh mengira jaraknya dari pusat gempa bumi. Jarak ini dipanggil jarak pusat gempa yang lazimnya diukur dalam unit darjah dan berlambangkan Δ (delta) dalam seismologi.

Setelah jarak pusat gempa dikira dari sekurang-kurangnya tiga stesen pengukuran seismografi, adalah mudah untuk mencari di mana letaknya pusat gempa secara penigasegian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fuis, Gary. "Rupture in South-Central Alaska—The Denali Fault Earthquake of 2002". USGS. Dicapai pada 2008-04-20. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)