Prachanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pushpa Kamal Dahal)
Prachanda
प्रचण्ड
Perdana Menteri Nepal
Memegang jawatan
26 Disember 2022
PresidenRam Baran Yadav
Didahului olehSher Bahadur Deuba
Dalam jawatan
18 Ogos 2008 – 23 Mei 2009
PresidenRam Baran Yadav
Didahului olehGirija Prasad Koirala
Digantikan olehMadhav Kumar Nepal
Butiran peribadi
Lahir (1954-12-11) 11 Disember 1954 (umur 69)
Kaski, Nepal
Parti politikCPN (Maois)
KediamanBaluwatar, Kathmandu, Nepal
Laman web rasmihttp://www.pmo.gov.np

Prachanda (Devanagari: प्रचण्ड pracaṇḍa IPA: [pɾəʦəɳɖə], nama penuh: Chhabilal Dahal, kemudian Pushpa Kamal Dahal, lahir pada 11 Disember 1954) ialah ketua Parti Komunis Nepal (Maois) yang dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal pertama sejak peralihan negara tersebut dari sistem beraja ke republik. Beliau juga merupakan pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat, iaitu sayap ketenteraan Parti Maois. Di bawah kepimpinan beliau, Parti Maois melancarkan Perang Rakyat Nepal pada 13 Februari 1996, yang menyaksikan kira-kira 13,000 orang Nepal terkorban.

Perluasan fahaman Marxisme-Leninisme-Maoisme oleh Prachanda agar mengambil kira keadaan di Nepal dikenali sebagai Prachanda Path.

Dewan Perwakilan Nepal mengundi Prachanda untuk menjadi Perdana Menteri pada 15 Ogos 2008.[1] Beliau mengangkat sumpah pada 18 Ogos 2008.[2] Bagaimanapun, Prachanda meletak jawatan pada 4 Mei 2009 setelah tindakannya memecat ketua tentera Jeneral Rookmangud Katawal dibangkang oleh Presiden Ram Baran Yadav.[3]

"Prachanda" ialah nom de guerre (nama perang) beliau; ertinya "si bengis".

Prachanda berucap di sebuah persidangan di Pokhara.

Rujukan dan catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ex-rebels' chief chosen as Nepal's new PM", Associated Press (International Herald Tribune), 15 Ogos 2008.
  2. ^ "PM Dahal sworn in"[pautan mati kekal], Nepalnews, August 18, 2008.
  3. ^ "Nepal PM quits in army chief row" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 4-5-2009. Dicapai pada 4-5-2009. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]