Puspa Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puspa Indah
Album studio oleh
Dilancarkan pada1980
GenrePop
Panjang48:00
BahasaBahasa Indonesia Edit the value on Wikidata
SyarikatMusica Studio's
Kronologi Chrisye
"Percik Pesona"
(1979)
"Puspa Indah"
(1980)
"Pantulan Cita"
(1981)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Puspa Indah ialah sebuah album 1980 oleh penyanyi Indonesia Chrisye, bekerja dengan kerjasama Guruh Soekarnoputra. Ia merupakan album studionya yang keempat dan ketiga bersama Musica Studio's.

Rakaman[sunting | sunting sumber]

Selepas kegagalan Percik Pesona (1979), Chrisye mengambil keputusan untuk menjauhkan dirinya dari bunyi pop tulen yang membuatkan Badai Pasti Berlalu (1977) dan Sabda Alam (1978) berjaya.[1] Selepas tempoh introspeksi dan renungan, beliau mengambil keputusan untuk tetap dengan pop, tetapi memberikan tema romantis dengan pengaruh muzik mudah mendengar.[2]

Guruh Soekarnoputra, penulis lagu - anak kepada Sukarno, mencurahkan keringatnya untuk projek ini; beliau menulis lirik untuk semua lagu kecuali "To My Friends on Legian Beach" dan "Gita Cinta", dan juga melodi kecuai "Interlude - Kenang-Kenangan". Untuk "To My Friends on Legian Beach", penyair Indonesia Sitor Situmorang menulis lirik, sementara Eddy Iskandar menulis lirik untuk "Gita Cinta". Melodi untuk "Interlude - Kenang-Kenangan" telah ditulis oleh Jockie Soerjoprajogo.[2]

Yockie bermain papan kekunci dan harmonika, sementara Chrisye bermain bes dan gitar, samada elektrik dan akustik. Roesma dari Musica Studios berkhidmat sebagai jurutera rakaman semasa sesi rakaman di Jakarta.[3]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Sebelum keluaran album ini, dua singlenya, "Galih dan Ratna" dan "Gita Cinta" telah dipilih untuk dimuatkan dalam filem 1979 Gita Cinta dari SMA.[2] Untuk pasaran, Chrisye mengambil peranan kameo sebagai penyanyi lagu "Galih dan Ratna".[4] Puspa Indah dikeluarkan oleh Musica Studios pada pertengahan 1980, dengan jualan tertinggi.[2]

Kejayaan Puspa Indah meyakinkan Chrisye bahawa sesetengah album perlu disinergikan dengan media lain untuk berjaya.[4] Puspa Indah telah dikeluarkan semula dua kali, sekali sebagai CD pada 2004[5] dan sekali sebagai sebahagian daripada Chrisye Masterpiece Trilogy Limited Edition pada 2007.[6] Pada Disember 2007, Rolling Stone Indonesia memilih Puspa Indah sebagai album Indonesia ke-57 sepanjang zaman.[7]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Marlina"Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra3:41
2."Lagu Putih"Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra5:30
3."Kenang-Kenangan"Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra4:40
4."Puspa Indah"Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra6:17
5."Lakon Manusia"Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra3:20
6."Interlude - Kenang-Kenangan"Guruh SoekarnoputraYockie Suryoprayogo5:00
7."Sirna"Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra3:44
8."To My Friends on Legian Beach"Sitor SitumorangGuruh Soekarnoputra4:57
9."Gita Cinta"Eddy S. IskandarGuruh Soekarnoputra5:11
10."Galih dan Ratna"Guruh SoekarnoputraGuruh Soekarnoputra5:11
Jumlah masa: 48:00


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki
Bibliografi
  • "150 Album Indonesia Terbaik Sepanjang Masa". Rolling Stone Indonesia. Jakarta (32): 66. December 2007. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • Puspa Indah. Chrisye. Musica Studios. 1980. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: others (link)
  • "Chrisye Rilis Album Trilogi". IndonesiaSelebriti.com. 9 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-27. Dicapai pada 1 January 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • "Chrisye Rilis Ulang 22 Album Lawas". KotaBNI News. 28 October 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-05. Dicapai pada 1 January 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • Endah, Alberthiene (2007). Chrisye: Sebuah Memoar Musikal. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-979-22-2606-5. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)