Putat laut
| Putat laut | |
|---|---|
| Daun dan bunga yang mekar | |
| Pengelasan saintifik | |
| Nama binomial | |
| Barringtonia asiatica | |
| Sinonim[2][3] | |
|
Putat laut, putat gajah atau butun (nama saintifik: Barringtonia asiatica[4][5]) merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di pantai-pantai wilayah tropika di Lautan Hindi dari pesisiran Afrika Timur ke Madagaskar hingga kawasan Malesia merangkumi Nusantara sejauh Maluku,[6] malah ke pulau-pulau di Pasifik barat.
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Nama butun turunan akar Melayu-Polinesia *butun.[7]
Botani
[sunting | sunting sumber]Pokok putat laut boleh tumbuh mencecah ketinggian sebanyak 30 meter dengan banyak dahan mencabang.[5] Daun-daunnya besar berukuran 20-30 sm lebar sehelai meruncing di pangkalnya.[4]
Bunganya berwarna putih 4 kelopak sekuntum[4] dengan banyak stamen putih panjang berhujung merah.[6] Buah putat yang terhasil berbentuk tetrahedral/piramid seperti buah delima dengan diameter 10-15 sm;[6] ia bertukar warna keperangan apabila masak. Setiap buah ini mempunyai satu biji benih[4] yang mudah terapung membolehkan ia tersebar sepanjang pesisiran laut dan pulau-pulau.[5]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Tujuan perubatan
[sunting | sunting sumber]Daun putat laut dan mengkudu diperah airnya untuk merawat sakit perut. Daun-daun putat segar sendiri boleh digunakan untuk merawat luka dan penyakit kulit seperti kudis setelah dilayurkan atas api.[5]
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]Pokok ini kadangkala ditanam sebagai tanaman hiasan.[6] Kayu pokok ini dapat dipergunakan sebagai bahan membuat rumah dan perahu.[5]
Pohon dan bijinya mengandung saponin yang dapat digunakan sebagai racun ikan dicampur bersama akar tuba.[4][6][5]
Minyak yang berwarna kemerahan dapat diperoleh dengan memanaskan dan memeras bijinya; cairan yang diperoleh ini dapat digunakan sebagai pelekat dalam pembuatan payung, serta untuk membunuh ektoparasit seperti lintah.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Under its treatment as Barringtonia asiatica (from its basionym Mammea asiatica L.), this species was published in Preliminary Report on the Forest and other Vegetation of Pegu App. A: 65. 1875. "Name - Barringtonia asiatica (L.) Kurz". Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 15 Mei 2014.
- ↑ "Name - Mammea asiatica L. synonyms". Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada November 1, 2011.
- ↑ Mammea asiatica L. (the basionym to Barringtonia asiatica) was originally described and published in Species Plantarum 1: 512–513. 1753. "Name - Mammea asiatica L." Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada May 15 2014. Check date values in:
|accessdate=(bantuan) - 1 2 3 4 5 Hwee Ling Koh; Tung Kian Chua; Chay Hoon Tan (2009). A Guide to Medicinal Plants: An Illustrated, Scientific and Medicinal Approach. Singapura: World Scientific Publishing. m/s. 24–25, 167. ISBN 978-981-283-709-7.
- 1 2 3 4 5 6 C.L. Naimah; M. Y. Azahari; W. M. Wan Nafizul (4 Januari 2013). "Putat: si pengembara laut". Institut Penyelidikan Hutan Malaysia. Dicapai pada 5 Julai 2021.
- 1 2 3 4 5 6 "Barringtonia asiatica". Indonesia Mangrove. Wetlands International Indonesia. Dicapai pada 15 Mei 2014.
- ↑ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*butun: a shore tree: Barringtonia spp". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 19 Julai 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Maklumat lanjut spesies di Flora and Fauna Web, Lembaga Taman Negara Singapura
- Maklumat lanjut spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia