Prince of Broadway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Putera dari Broadway)
Prince of Broadway
PengarahSean Baker
PenulisSean Baker
Darren Dean
Dihasilkan olehSean Baker
Darren Dean
Dibintangi
  • Prince Adu
  • Karren Karagulian
SinematografiSean Baker
Disunting olehSean Baker
Syarikat
penerbitan
Little Creature
Diedarkan olehCinedigm
Tarikh tayangan
Masa tayangan
100 minutes
NegaraUnited States
BahasaEnglish
Pecah panggung20450

Prince of Broadway (dalam bahasa Melayu ialah Putera dari Broadway) adalah filem drama bebas tahun 2008 buatan Amerika Syarikat yang telah ditulis dan diarah oleh Sean Baker . [1] [2] [3] [4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem drama masyarakat ini mengisahkan tentang pahit manis kehidupan dua orang lelaki pendatang yang mengejar "Impian Amerika" (American's Dream) di lorong fesyen borong di New York. Lucky yang merupakan pendatang haram yang berasal dari Ghana adalah seorang penjual jalanan yang bekerja di kedai fesyen berjenama palsu di lorong fesyen jalanan Kota New York milik Levon, yang juga merupakan seorang pendatang berbangsa Armenia berasal dari Lubnan. Hasil jualan barangan tiruan mereka ini menyebabkan mereka mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda di atas usaha mereka untuk melangsungkan kehidupan di kota tersebut yang penuh dengan pancaroba. Walaubagaimanapun, pada suatu hari, bekas teman wanita Lucky yang bernama Linda secara tiba-tiba muncul dalam kesibukannya melayan pelanggan bersama-sama dengan seorang bayi lelaki tidak bernama (di akhir filem, nama Prince diberikan kepadanya bersempena dengan nama lorong Broadway dan atuknya), dan menyerahkan tanggungjawab menyara bayi tersebut sepenuhnya kepada Lucky. Pada masa yang sama, Levon pun turut sama ditimpa nasib yang malang kerana perkahwinannya bersama isterinya, Nadia, yang kian goyah dan Levon berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya itu dituduh sebagai mempergunakan Nadia untuk mendapatkan pas taraf kewarganegaraan kad hijau Amerika Syarikat bagi mengembangkan perniagaannya dan bukan cinta yang tulus oleh kawan karib Nadia. Selitan mesej antara kebenaran dan kepalsuan memainkan peranan yang sangat penting dalam filem drama yang penuh dengan suka duka ini.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Prince Adu sebagai Lucky
  • Karren Karagulian sebagai Levon Krikorian
  • Aiden Noesi sebagai Prince
  • Keyali Mayaga sebagai Karina
  • Kat Sanchez sebagai Linda
  • Victoria Tate sebagai Nadia

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah mendapat ulasan yang positif pada kadar sebanyak 83% di Rotten Tomatoes . [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lowe, Justin (6 July 2008). "Prince of Broadway". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 26 December 2017.
  2. ^ Lewis, David (26 November 2010). "'Prince of Broadway' review: Baby keeps it real". San Francisco Chronicle. Dicapai pada 26 December 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ Turan, Kenneth (24 September 2010). "Movie review: 'Prince of Broadway'". Los Angeles Times. Dicapai pada 26 December 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ Martinez, Vanessa (27 April 2012). "Netflix Picks: "Prince of Broadway" is A Diamond in The Rough, An Urban Indie Gem". IndieWire. Dicapai pada 26 December 2017.
  5. ^ "Prince of Broadway". Rotten Tomatoes. Dicapai pada 26 December 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]