Puteri Aurora Beradu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Aurora Beradu
GenreDrama
Fantasi
Dongeng
Berdasarkan daripada
Dongeng Snow White
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahFairuz Loy
Dibintangi oleh
Iqram Dinzly
Memey Suhaiza
Lagu pembukaan"Memori Tercipta" nyanyian asal Shila Amzah
Lagu penutup"Memori Tercipta" nyanyian Shila Amzah
PenggubahAubrey Suwito
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifAhmad Puad Onah
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar576i SDTV (16:9)
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Julai 2009 – 24 Ogos 2009
Kronologi
MengikutiE.Toyol.com
Diikuti olehSenandung Si Dayang

Puteri Aurora Beradu ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2009 dibintangi oleh Iqram Dinzly dan Memey Suhaiza. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Lagenda TV3 21 Julai 2009 menggantikan E-Toyol.com.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang gadis, Puteri Aurora yang hidup dalam persembunyian. Dia yang dikejarkan ke hospital akibat kemalangan kemudiannya koma. Kisah kembali membawa teknik imbas kembali tentang ibu bapanya mnerusi penceritaan tiga orang pengasuhnya iaitu Che Nora, Che Am dan Imah.

Ibunya, Aisyah dikatakan telah berkahwin dengan bapanya Imran, rakan kongsi kepada Sofea, yang turut digambarkan sebagai seorang kaki perempuan. Sofea telah menaruh perasaan terhadap Imran. Tetapi kemudiannya telah bersumpah untuk menghancurkan keluarga Imran apabila mendapat tahu Imran bakal berkahwin dengan Aisyah.

Kelahiran Puteri Aurora, Imran dan Aisyah beriktikad untuk menyembunyikan Puteri dari penganiayaan Sofea. Puteri Aurora kemudiannya membesar bersama tiga orang pengasuh yang memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri. Namun, Sofea kemudiannya mendapat tahu tentang Puteri Aurora dan dendamnya semakin membara lantaran berasa tertipu.

Sementara itu, Hakimi, seorang anak ahli perniagaan telah jatuh cinta terhadap Puteri Aurora biar pun mereka tidak pernah bertegur sapa. Namun untuk memiliki Puteri Aurora, bermakna Hakimi perlu berdepan dan menentang kezaliman Sofea terhadap kekasihnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Memey Suhaiza- Puteri Aurora
  • Iqram Dinzly- Hakimi
  • Norish Karman-Sofea

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (14 Julai 2009). Drama Puteri Aurora Beradu Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Ogos 2009.
  2. ^ Puteri Aurora Beradu Metro Ahad. 19 Julai 2009. Dicapai pada 27 Ogos 2009.