Puteri Harbour Family Theme Park

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Harbour Family Theme Park
Map
Lokasi
Koordinat1°25′3.8″N 103°39′27.1″E Sunting ini di Wikidata
DibukaNovember 2012 (2012-11)
PemilikThemed Attractions and Resorts Sdn. Bhd.
Pengurus besar
Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin
TemaUpin & Ipin Theme Park
Laman sesawang
www.tar.com.my/puteriharbour/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Puteri Harbour Family Theme Park merupakan sebuah taman tema di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

Sanrio Hello Kitty Town adalah taman tema Hello Kitty yang pertama di luar Jepun dengan tarikan dan aktiviti termasuklah pengalaman taman tema interaktif yang berteknologi tinggi. Pengunjung akan merasai mengalaman di Black Wonder, Wishful Studio dan juga Friendship Land yang menyediakan taman permainan dan tunggangan berbentuk cawan teh serta persembahan secara langsung di atas pentas "Purrfect".

The Little Big Club akan menwarkan aktiviti yang interaktif dan tunggangan yang bertemakan karekter kartun yang direka oleh HiT Entertainment seperti Bob the Builder, Barney, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends. Tempat ini juga adalah yang pertama di dunia yang menggabungkan kelima-lima karekter kanak-kanak yang popular dengan penyatuan dalam sebuah taman tema. Seperti juga tunggangan yang bertemakan Bob the Builder, kanak-kanak dibolehkan untuk membantu membina rumah-rumah di Bobsville. Selain itu, pengunjung akan dapat menyaksikan persembahan secara langsung oleh Barney & Friends serta menyertai pertandingan menari menggunakan imej janaan komputer (CGI) mengenai Angelina Ballerina.

Menariknya, tempat ini juga menyediakan suatu pengalaman makam malam yang bertemakan animasi yang bernama LAT’s Place. Perkara ini adalah berdasarkan kepada cadangan kartunis Kampung Boy iaitu Dato’ Mohammad Nor Khalid.[1]

Taman tema ini dijangka mencapai 500,000 pengunjung menjelang tahun pertama operasinya. Taman tema ini juga mengandungi empat tingkat yang berkeluasan 80,000 meter persegi.[2]

Pada 1 Januari Hello Kitty Town Dan Thomas Town DiTutup Kerana Mendapat Kurang Sambutan. Pada Tahun Depan Upin & Ipin ThemePark yang mengantikan Hello Kitty Town Dan Thomas Town.[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Blooloop (7 Ogos 2012). "Puteri Harbour Family Theme Park, Malaysia, To Feature Hello Kitty, Bob the Builder and Thomas the Tank Engine". Iskandar Regional Development Authority. Dicapai pada 17 Oktober 2012.
  2. ^ Liz Lee (1 Ogos 2012). "Khazanah invests RM115mil in theme park in Nusajaya". The Star Online. Dicapai pada 17 Oktober 2012.
  3. ^ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222835651589340&id=1517889384