Puteri Helena dari United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Helena
Puteri Christian dari Schleswig-Holstein
Puteri Helena, s. 1910
Keputeraan(1846-05-25)25 Mei 1846
Istana Buckingham, London
Kemangkatan9 Jun 1923(1923-06-09) (umur 77)
Rumah Schomberg, London
Pemakaman15 Jun 1923
Gereja Kecil St George, Istana kota Windsor
28 Oktober 1928
Tanah Makam Diraja, Frogmore
PasanganPuteri Christian dari Schleswig-Holstein (k. 1866; m. 1917)
Anakanda
Nama penuh
Helena Augusta Victoria
KerabatSaxe-Coburg dan Gotha
AyahandaPutera Albert dari Saxe-Coburg dan Gotha
BondaVictoria, Ratu United Kingdom

Puteri Helena dari United Kingdom VA CI GCVO GBE RRC (Helena Augusta Victoria;[1] 25 Mei 1846 – 9 Jun 1923) merupakan puteri ketiga dan anakanda kelima kepada baginda berdua Ratu Victoria dengan Putera Albert.

Puteri Helena telah dididik oleh guru-guru peribadi yang telah diperkenan dipilih oleh paduka ayahandanya dengan kawan rapat dan penasihat baginda putera, Baron Stockmar. Zaman kanak-kanaknya diluangkan bersama dengan paduka ayahanda dan bondanya, berangkat antara berbagai-bagai tempat persemayaman diraja di Britain. Suasana mesra kerabat diraja itu berakhir pada 14 Disember 1861, apabila paduka ayahandanya mangkat dan paduka bondanya memasuki tempoh perkabungan yang penuh perasaan. Pada awal tahun 1860-an, Puteri Helena mula main cinta dengan pustakawan Jerman Putera Albert, Carl Ruland. Walaupun sifat hubungan itu sebahagian besarnya tidak diketahui, surat-surat romantik Puteri Helena kepada Ruland terselamat.[2] Setelah baginda Ratu mengetahuinya pada tahun 1863, baginda berkenan memecat Ruland, yang kembali ke tempat asalnya Jerman. Tiga tahun kemudian, pada 5 Julai 1866, Puteri Helena berkahwin dengan putera Jerman Putera Christian dari Schleswig-Holstein. Pasangan ini tinggal di Britain, dalam jarak kunjungan dengan baginda Ratu, yang suka ada puteri-puterinya berdekatan, dan Puteri Helena bersama dengan adinda bongsunya, Puteri Beatrice, menjadi setiausaha tidak rasmi baginda Ratu. Walau bagaimanapun, selepas kemangkatan Ratu Victoria pada 22 Januari 1901, Puteri Helena agak kurang bertemu dengan adik-beradiknya yang masih hidup.

Puteri Helena merupakan ahli yang paling aktif dalam kerabat diraja, menjalankan banyak rancangan urusan diraja pada masa apabila kerabat diraja tidak dijangka kerap muncul di tempat awam. Baginda juga penaung amal yang aktif, dan salah satu ahli pengasas Palang Merah British. Baginda merupakan presiden pengasas Sekolah Jahitan Diraja, serta presiden Pertubuhan Jururawat Infirmari Rumah Kerja dengan Pertubuhan Jururawat British Diraja. Sebagai presiden kepada pertubuhan yang kedua itu, baginda merupakan penyokong kuat pendaftaran jururawat menentang nasihat Florence Nightingale.[3] Baginda menjadi ahli yang pertama dalam kerabatnya untuk merai ulang tahun perkahwinannya yang ke-50 pada tahun 1916, namun suaminya mangkat setahun kemudian. Puteri Helena hidup lebih lama daripada suaminya selama enam tahun, dan mangkat pada usia 77 tahun di Rumah Schomberg pada 9 Jun 1923.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Jata Puteri Helena (1858–1917)

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 25 Mei 1846 – 5 Julai 1866: Yang Teramat Mulia (Her Royal Highness) Puteri Helena
  • 5 Julai 1866 – 17 Julai 1917: Yang Teramat Mulia (Her Royal Highness) Puteri Christian dari Schleswig-Holstein
  • 17 Julai 1917 – 9 Jun 1923: Yang Teramat Mulia (Her Royal Highness) Puteri Christian

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Lambang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1858, Puteri Helena dan tiga adindanya yang lain telah dikurniakan penggunaan lambang diraja, dengan ineskutseon perisai Saxony, dan dibezakan dengan label tiga titik perak. Pada lambang Puteri Helena, titik luaran membawa roses gules, dan di pusat membawa cross gules. Pada tahun 1917, ineskutseon telah digugurkan oleh waran diraja daripada Raja George V.[8]

Anakanda[sunting | sunting sumber]

Putera dan Puteri Christian mempunyai enam orang anakanda, empat daripanya hidup sehingga dewasa. Baginda berdua mempunyai seorang cucunda, Valerie Marie zu Schleswig-Holstein, yang mangkat pada tahun 1953 sebagai keturunan terakhir baginda berdua.

Nama Keputeraan Kemangkatan Nota
Putera Christian Victor[9] 14 April 1867 29 Oktober 1900 Putera kesayangan bondanya; mangkat tanpa berkahwin dan tanpa zuriat ketika berkhidmat dalam Perang Boer
Putera Albert 28 Februari 1869 27 April 1931 Menggantikan sebagai ketua Kerabat Oldenburg pada tahun 1921; ada seorang puteri luar nikah, Valerie Marie zu Schleswig-Holstein
Puteri Helena Victoria 3 Mei 1870 13 Mac 1948 Tidak pernah berkahwin. Salah satu kemunculan awam terakhirnya merupakan di perkahwinan Ratu Elizabeth II akan datang dan Putera Philip, Duke Edinburgh
Puteri Marie Louise[10] 12 August 1872 8 December 1956 Berkahwin 1891; Putera Aribert dari Anhalt; tiada zuriat; perkahwinan bubar pada tahun 1900
Putera Harald[10] 12 Mei 1876 20 Mei 1876 Mangkat muda pada usia lapan hari
Putera diputerakan mangkat tidak bernama 7 Mei 1877 7 Mei 1877 Diputerakan mangkat

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Apabila Raja George V menggugurkan nama, terasul dan gelaran Jerman kerabat diraja berkenaan pada tahun 1917, the couple simply became Putera dan Puteri Christian tanpa gelaran wilayah.
  2. ^ Chomet, p. 6
  3. ^ Chomet, p. 121
  4. ^ "No. 24539". The London Gazette. 4 January 1878. m/s. 113–114.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ODNB2 tidak disediakan
  6. ^ "No. 26725". The London Gazette. 27 March 1896. m/s. 1960.
  7. ^ "No. 30730". The London Gazette (Supplement). 4 June 1917. m/s. 6685.
  8. ^ "British Royal Cadency". Heraldica. 2007. Dicapai pada 29 February 2008.
  9. ^ Eilers, p. 205
  10. ^ a b Eilers, p. 206
  11. ^ Montgomery-Massingberd, Hugh (ed.) (1977). Burke's Royal Families of the World, 1st edition. London: Burke's Peerage
  12. ^ Huberty, M., Giraud, A., Magdelaine, F. & B. (1976–1994). L'Allemagne Dynastique, Vols I-VII. Le Perreux, France: Alain Giraud
  13. ^ Louda, Jiří; Maclagan, Michael (1999). Lines of Succession: Heraldry of the Royal Families of Europe. London: Little, Brown. m/s. 34. ISBN 1-85605-469-1.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Battiscombe, Georgina, Queen Alexandra (Constable & Company Ltd, London, 1969)
  • Bennett, D., Queen Victoria's Children (Gollancz, London, 1980) ISBN 0-575-02690-1
  • Chomet, Seweryn, Helena: A Princess Reclaimed (Begell House, New York, 1999) ISBN 1-56700-145-9
  • Dennison, Matthew, The Last Princess: The Devoted Life of Queen Victoria's Youngest Daughter (Weidenfeld & Nicolson, 2007) ISBN 978-0-297-84794-6
  • Eilers, Marlene A., Queen Victoria's Descendants (Genealogical Publishing Company, 1987) ISBN 0-8063-1202-5
  • Longford, Elizabeth, Victoria R. I. (Weidenfeld & Nicolson, Second Edition 1987) ISBN 0-297-84142-4
  • Marie Louise (Princess Marie Louise of Schleswig-Holstein), My Memories of Six Reigns (Second edition, Penguin, Middlesex, 1959)
  • Packard, Jerrold M., Victoria's Daughters (St Martin's Griffin, New York, 1998) ISBN 0-312-24496-7
  • Van der Kiste, John, Queen Victoria's Children (Sutton Publishing, Gloucester, 2006) ISBN 0-7509-3476-X
    • Princess Helena: Queen Victoria's third daughter (CreateSpace, 2015) ISBN 978-1511679206
    • 'Helena, Princess [Princess Christian of Schleswig-Holstein] (1846–1923)', Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, Sept 2004; online edn, Jan 2008, accessed 22 Feb 2008
  • Wake, Jehanne, Princess Louise: Queen Victoria's Unconventional Daughter (Collins, London, 1988) ISBN 0-00-217076-0
  • Thomas Weiberg: ... wie immer Deine Dona. Verlobung und Hochzeit des letzten deutschen Kaiserpaares. Isensee-Verlag, Oldenburg 2007, ISBN 978-3-89995-406-7

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:British princesses Templat:Princesses of Saxe-Coburg and Gotha Templat:Princesses of Schleswig-Holstein by marriage Templat:Princesses of Schleswig-Holstein-Sonderburg-Augustenburg by marriage