Puteri Onang Kening

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Puteri Onang Kening ialah puteri kepada Sultan Mansur Shah (Kelantan) (1467-1521). Beliau telah ditawan dan dibawa ke Melaka bersama dengan adik-adiknya, Puteri Chupan dan Chubak setelah Kelantan tewas[1] kepada perajurit Melaka yang dipimpin oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Puteri Onang Kening telah dikahwinkan dengan Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah (1488-1511)[2]. Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh seorang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah yang dilantik sebagai Raja Muda selepas kemangkatan Sultan Ahmad Shah (1511-?) dan pelantikan semula Sultan Mahmud sebagai sultan. Gelaran Tengku Muzaffar kemudiannya telah diambil oleh Raja Ali, putera Tun Fatimah dan dilantik sebagai Sultan Muda bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II yang menjadi Sultan Johor pertama. Tengku Muzaffar kemudiannya membawa diri ke Perak dan kemudian dilantik sebagai Sultan Perak pertama dengan gelaran, Sultan Mudzaffar Shah I, Perak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]