Puteri Saadong
Puteri Saadong adalah gelaran (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan Raja Wanita Pertama negeri Kelantan. Nama penuh Baginda Puteri Saadong ialah Tuanku Permaisuri Puteri Saadong atau Raja Sa'adah Puteri Mariam binti Raja Loyor; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Jembal.
Riwayat hidup
[sunting | sunting sumber]Puteri Saadong atau Raja Sa'adah Puteri Mariam telah dibawa oleh Cik Siti Wan Kembang ke Bukit Marak apabila ibunya meninggal dunia. Pautan website error [1][2] Puteri Saadong menggantikan pemerintahan ayahdanya yakni Raja Jembal pada tahun 1667, lalu Puteri Saadong ditabal sebagai Sultan Kelantan pada tahun yang sama. Baginda Puteri Saadong merupakan raja wanita kedua di negeri Kelantan.
Cik Siti Wan Kembang telah memperkenankan perkahwinan antara Puteri Saadong dengan sepupunya iaitu Raja Abdullah bin al-Marhum Sultan Samiruddin, Raja Kelantan-Selatan (Jembal) apabila Puteri Saadong berumur seawal usia 15 tahun.
Untuk menyelamatkan nyawa rakyat, Puteri Saadong telah terpaksa rela dibawa oleh tentera Siam untuk menjadikan Baginda sebagai permaisuri kepada Raja Narai dari kerajaan Ayutthaya (kini Thailand). Tetapi sebaik tiba di istana maharaja Siam, maharaja gering akibat kezaliman dan paksaan terhadap rakyat dan Baginda Puteri Saadong.
Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong di mana baginda raja berjanji tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil keputusan berubah fikiran.
Apabila Puteri Saadong dibebaskan, baginda kembali semula ke Bukit Marak untuk mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula.
Puteri Saadong telah difitnah membunuh Raja Abdullah. Raja Abdullah pada hakikatnya sangat gembira dengan kepulangan Puteri Saadong. Raja Abdullah telah merancang untuk menabalkan semula Puteri Saadong sebagai Sultan Kelantan. Perkara ini telah menyebabkan Isteri Kedua Raja Abdullah tidak senang hati dan tidak tenteram kerana akan menurunkan martabat beliau juga. Semasa dalam perbincangan antara Raja Abdullah dan Puteri Saadong, tiba-tiba Isteri Kedua Raja Abdullah meluru masuk dan menikam Raja Abdullah. Isteri Kedua Raja Abdullah terus keluar dari tempat perbincangan dan menjerit-jerit mengatakan bahawa Raja Abdullah telah dibunuh oleh Puteri Saadong.
Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.
BUKTI PUTERI SAADONG TELAH DIFITNAH OLEH PENULIS ASAL RIWAYAT INI, DUA PAUTAN RUJUKAN ERROR 404. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk menghina, memecah-belahkan kekeluargaan dan mengaibkan nasab ahlul bayt.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Azhar, Syed (2009-08-05), "Residents erasing Bukit Marak history", The Star, dicapai pada 2010-03-18
- ^ Azhar, Syed (2009-08-10), "Museum wants Bukit Marak saved", The Star, dicapai pada 2011-03-18