Puteri Salju (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Puteri Salju (drama TV))
Puteri Salju
Ditulis olehMufid Suhaimi Bahaudin
PengarahHilter Zami
Dibintangi oleh
Putri Fateen
Fizo Omar
Sabrina Ali
Sharifah Shahirah
Rosnah Mat Aris
Jehan Miskin
Lagu pembukaan"Memori Tercipta" - Shila Amzah
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin hingga Khamis, 4:30 petang (TV3)
8:30 malam (TV9)
Syarikat penerbitan
Orangetree Communcations sdn bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lagenda)
Siaran asal17 November 2008 – 18 Disember 2008
Kronologi
MengikutiCinta Batu Belah
Diikuti olehLaila Majnun

Puteri Salju adalah sebuah drama yang ditayangkan di TV3. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Puteri Salju menceritakan tentang Zarina yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki cinta Mohamad. Perkhabaran mengenai Juriah (isteri Mohamad) yang sudah berbadan dua membuatkan dendam Zarina semakin kuat. Lantas, dia menggunakan khidmat bomoh Kelly cantik untuk menggugurkan kandungan Juriah. Ternyata, usahanya itu membuahkan hasil apabila Juriah yang terpedaya dengan ubat yang diberikan oleh Kelly Cantik meninggal dunia namun bayinya yang putih gebu berjaya diselamatkan dan diberikan nama Puteri Nor Puteh.

Setelah pelbagai cara, Mohamad akhirnya terpaksa akur dengan kehendak naluri lelakinya dengan menikahi Zarina.Tahun silih berganti, Puteri Nor Puteh telah meningkat remaja dan kecantikan yang dimilikinya membangkitkan perasaan iri hati terhadap Zarina.

Dia tekad untuk menghapuskan Puteri yang dirasakan penghalang hubungannya dengan Mohamad. Dia mengupah orang untuk membunuh Puteri. Namun, Puteri terselamat dan terpaksa mencari pelindungan di dalam hutan. Ketika inilah Puteri ditemui oleh tujuh orang kerdil dan dijaga dengan baik sebelum musibah lain pula menimpanya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Puteri Salju hiasi Slot Lagenda". Mstar. 17 November 2008. Dicapai pada 10 September 2021.