Puteri Santubong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Puteri Santubong merupakan cerita rakyat / sastera rakyat negeri Sarawak yang meniti dari bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsur-unsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi 'logik' kisah kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau bertambah untuk menyedapkan lagi cerita.

Ringkasan cerita (versi 1)[sunting | sunting sumber]

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ialah anak dewa yang turun dari kayangan untuk menjaga gunung di Sarawak. Suatu hari mereka bergaduh kerana merebutkan Putera Serapi yang datang kerana ingin melihat kehebatan dan kecantikan kedua puteri itu. Perkara ini telah menyebabkan kedua dua puteri berasa iri hati, seorang berasa dirinya lagi bagus dan seorang tak akan mengalah sehingga mati. Padahal mereka bersumpah tidak akan berkelahi. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas dengan menikam dengan batang belida lalu Sejinjang bertukar menjadi Pulau Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]