Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Puteri Sarah
SyamsulYusof,PuteriSarahKahwin.jpg
Puteri Sarah di hari perkahwinannya dengan Syamsul.
Kelahiran Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin
1 Disember 1985 (30 tahun)
London, England England
Nama lain Puteri Sarah
Pendidikan Diploma Pengurusan Hotel
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
Pekerjaan Pelakon, peragawati
Tahun aktif 2008 – kini
Pasangan Syamsul Yusof (k. 2014)

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin adalah seorang pelakon dan model di Malaysia. Puteri Sarah (umur 30 tahun) dilahirkan pada 1 Disember 1985, di England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Puteri Sarah merupakan anak sulung daripada empat beradik. Dia memiliki kelulusan Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[1]

Puteri Sarah pernah menjadi peragawati iklan bagi DiGi, F&N, AG2000 dan Nivea. Dia juga merupakan duta produk Silky Girl. Pernah berlakon dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Pada awal 2013, beliau telah mula bertudung.[2][1]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM 1, 111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[3]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon, Ammar Alfian.

Drama[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Bukan sebab putus cinta". Kosmo! Online. 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. Farihad Shalla Mahmud (2013/05/06). "Tak jadi kudis pun". Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  3. Rahman, Ifqdar (10 Mac 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2016.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]