Putu piring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Puto)
Jump to navigation Jump to search
Foodlogo.svg  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Putu piring yang banyak dijual di pasar malam.

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia.[1] Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Putu berasal dari Kerala & Tamilnadu, India. Putu adalah daripada bahasa Tamil yang bermaksud makanan daripada beras.[perlu rujukan] Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut.

Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh atau putu bambu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]