Pergi ke kandungan

Putra Heights

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Putra Heights ialah sebuah bandar seluas 1,796 ekar (7.27 km2) di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Dimulakan pada 1999, hampir 80% daripada jumlah unit yang dirancang telah dilancarkan setakat 2009. Antara melebihi 6,400 unit yang telah siap pembinaannya termasuk:

  • 5,000 unit rumah bungalo;
  • 324 unit kedai-pejabat;
  • sekitar 1,400 unit pangsapuri kos sederhana.

Putra Heights kini dianggarkan mempunyai sebanyak 15,000 penghuni dan apabila disiapkan pada tahun 2016, kawasan kediaman ini dijangka akan menampung 60,000 orang.

Putra Heights
Perbandaran
Papam tanda Putra Heights di Bukit Cermin
Papam tanda Putra Heights di Bukit Cermin
Map
Peta Putra Heights
Ralat Lua pada baris 428 di Modul:Peta_lokasi: Nilai koordinat salah bentuk.
Koordinat: 2.9950°N 101.5679°E
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahPetaling
Ditubuhkan1999
Ditubuhkan olehSime UEP Properties
Kerajaan
  Ditadbir olehMajlis Bandaraya Subang Jaya
Keluasan
  Jumlah
7.27 km2 (2.81 batu persegi)
Penduduk
  Jumlah
49,000[1] (anggaran)
Zon waktuWPM
Poskod
47650
Kod kawasan+603-51, +603-5614
Lokasi Putra Heights di Peta Google
Papan tanda 'Persimpangan Putra Heights: Exit 605' di lebuhraya ELITE.

Terletak di tengah-tengah perbandaran ini ialah Putra Point yang akan merupakan pusat perdagangan kepada perbandaran-perbandaran lain di kawasan ini. Selain daripada melayani penghuni-penghuni Putra Heights, Putra Point juga akan melayani perbandaran-perbandaran yang berjiran seperti Subang Jaya, UEP Subang Jaya, Puchong, dan Shah Alam.

Kawasan Perumahan Perdana

[sunting | sunting sumber]

Putra Crest, Putra Palms, The Glades dan Hilltop Residence adalah kawasan perumahan perdana di Putra Heights.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Di dalam daerah, ada sebuah sekolah antarabangsa iaitu Kingsley International School, sekolah rendah kerajaan SJK(C) Tun Tan Siew Sin, Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 iaitu sekolah kerajaan dan Sekolah Menengah USJ 23. Di dalam daerah yang berhampiran, tedapat banyak sekolah daripada peringkat rendah hingga tinggi.

Dalam 1 April 2025 pada masa 8:08 pagi, satu letupan gas terjadi di Putra Heights. Semasa letupan tersebut, api di kawasan tersebut menaik setinggi 30 meter. Api itu berlangsung selama 7 jam dan 35 minit sebelum api dipadam sepenuhnya.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


  1. "Damayan at Putra Heights: Subang Jaya's Hidden Gem". iproperty.com.my. 2025-02-26. Dicapai pada 2025-10-11.