Putu mayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Putu mayam bersama sambal.
Putu mayam bersama isi kelapa dan gula Melaka.

Putu mayang merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Singapura sebagai snek.

Putu Mayam
ڤوتو مايم
Idiyappam with Egg Masala Curry.jpg
Putu Mayam disajikan bersama kari sebagai hidangan sarapan pagi di negara-negara Asia selatan
Nama alternatifIdiyappam, Sevai, Santhagai, Putu mayam, putu mayang, "chomai", string hoppers
JenisSarapan (Asia selatan), Pencuci mulut (Asia tenggara)
KawasanIndia Selatan. Tamil Nadu, Kerala, Sri Lanka, Asia tenggara. Singapura, Malaysia, Indonesia
Masakan negara yang berkaitanMasakan Kerala, Masakan Tamil, Masakan Sri Lankan
Bahan utamaTepung beras
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Putu Mayam
ڤوتو مايم|Buku Masakan: Putu mayam]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Putu Mayam
ڤوتو مايم|Media: Putu mayam]]

Proses menghasilkan putu mayang terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air/atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mi. Ia dikukus, biasanya dengan tambahan air pandan wangi sebagai perisa. Putu mayam ini dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang atau gula kabung atau gula Melaka atau gula nisan. = Di Malaysia dan Singapura, putu mayam dan seumpama dengannya biasanya dijual sebagai makanan jalanan dari gerai penjaja, atau motorsikal, juga dibuat di rumah, dan dihidangkan sejuk. Di Indonesia, putu mayam dikenali sebagai putu mayang.

Asal Hidangan[sunting | sunting sumber]

Asal hidangan ini kemungkinannya dari Tamil nadu, selatan India, di mana mi tepung beras yang sama dihidangkan bersama gula dan kelapa, dan kadangkala dengan pisang juga, sebagai iddiyappam. Hidangan ini dimakan sebagai makan pagi bersama dengan sayuran berkuah seperti aviyal, atau kari ikan, dll. Kesukaan bagi hidangan putu mayam, putu piring, atau cendol yang agak manis dengan hidangan berperisa juga biasa di Malaysia dan Singapura. Iddiyappam biasa terdapat di Kerala, Tamil Nadu, dan negeri selatan India, termasuk juga Sri Lanka. Tepung iddiyapam halus yang dijual secara perdagangan turut dijual sebagai cara mudah menghasilkan kesemua hidangan ini. Selain putu mayam terdapat juga putu buluh dan putu piring.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]