Pyeongwon dari Goguryeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pyeongwon dari Goguryeo
Hangul평원왕, 평강(상호)왕
Hanja平原王, 平岡(上好)王
Perumian SemakanPyeongwon-wang, Pyeonggang(sangho)-wang
McCune–ReischauerP'yǒngwǒn-wang, P'yǒnggang(sangho)-wang
Nama lahir
Hangul양성 atau 탕
Hanja陽成 atau 湯
Perumian SemakanYangseong atau Tang
McCune–ReischauerYangsǒng atau Tang

Pyeongwon dari Goguryeo (Jawi: ڤيوڠوون دري ڬوڬوريو; memerintah 559–590) ialah raja ke-25 Goguryeo, yang paling utara daripada Tiga Kerajaan Korea. Pyeongwon juga dikenali sebagai 'Pyeonggangsanghowang'. Nama kelahiran baginda ialah Yangseong[1] (walaupun Suishu dan Tangshu menamakannya sebagai Tangseong).

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Tahun pemerintahan Pyeongwon umumnya disepakati oleh sejarawan, tetapi tahun kelahirannya belum dapat ditentukan dengan pasti. Diketahui bahawa baginda ialah putera sulung Yangwon dari Goguryeo dan menjadi putera mahkota pada tahun 557, dua tahun sebelum memegang kuasa penuh. Baginda dikatakan berani, dan mahir menunggang kuda dan memanah.[1][2]

Pada masa ini, kekuasaan kerajaan telah dikikis dengan ketara oleh golongan bangsawan. Merasa prihatin terhadap rakyat, baginda mendorong pengembangan pertanian dan serikultur dan mengurangi jumlah masakan diraja.[2]

Baginda mempertahankan hubungan yang tegang tetapi relatifnya damai dengan Göktürk dan berbagai dinasti China, walaupun secara sekejap pernah memerangi Zhou Utara di Semenanjung Liaodong pada tahun 577. Baginda sering mengirim ufti ke Dinasti Chen, Qi Utara, Zhou Utara dan Dinasti Sui.[1][2] Ketika Dinasti Sui menyatukan China, Raja Pyeongwon pula bersedia untuk perang yang bakal mendatang.

Sempadan selatan dengan dua kerajaan Korea yang lain secara relatifnya aman ketika persekutuan Silla-Baekje hancur. Pada tahun 586, baginda memindahkan ibu kota ke benteng Jangan.[2]

Pada tahun 590, raja menerima berita bahawa negeri Chen telah jatuh dan berita tersebut menjadikan baginda sangat cemas. Untuk tujuan pertahanan, baginda memerintahkan pasukan untuk berlatih dan menambah ketentuan ketenteraan. 

Pemerintahan Pyeongwon berakhir pada tahun 590, yang merupakan tahun kemangkatannya menurut Samguk Sagi, tetapi tidak ada dokumentasi khusus untuk mengesahkannya.

Baginda diberi gelaran diraja secara anumerta sebagai Raja Pyeongwon.[1]

Budaya popular[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "평원왕" (dalam bahasa Korean). Doopedia. Dicapai pada 2016-09-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c d "King Pyeongwon". KBS World. Dicapai pada 2016-09-28.


Pyeongwon dari Goguryeo
Tarikh kemangkatan: 590
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Yangwon
Raja Goguryeo
559–590
Diikuti oleh:
Yeongyang