Qaisy & Laila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Qaisy Dan Laila)
Qaisy & Laila
PengarahRaja Ahmad Alauddin
PenulisHabsah Hassan
Raja Ahmad Alauddin
Dihasilkan olehHabsah Hassan
Ruhani Abdul Rahman
Dibintangi
Diedarkan olehSerangkai Holdings Sdn Bhd
Tarikh tayangan
30 Jun 2005
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia Pashto

Filem Qaisy & Laila adalah filem drama perang Malaysia mula ditayangkan di pawagam pada 30 Jun 2005. Filem yang berkisahkan keadaan di Afghanistan ini dirakamkan di Quetta, Pakistan dan Kuala Lumpur. Pada asalnya pelakon Azri Iskandar diberi watak Qaisy tetapi terpaksa menarik diri daripada melakonkan watak Qaisy apabila filem ini ditangguhkan penggambarannya dan jadualnya telah bertembung dengan drama bersiri Sumayyah lakonan Azri.

Plot[sunting | sunting sumber]

Kisah mengenai cinta dan pengorbanan gadis Malaysia, Laila yang menyertai Malaysian Relief Team dan jatuh cinta dengan pemuda Afghanistan, Qaisy. Kisah ini bermula apabila Qaisy terpaksa menamatkan pengajiannya di Malaysia untuk menjaga adik perempuannya apabila ahli keluarganya yang lain terbunuh semasa Amerika Syarikat melancarkan peperangan ke atas Afghanistan. Di sana dia berjumpa dengan Laila yang menyertai pasukan perubatan Malaysia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Jehan Miskin sebagai Qaisy:Jurubahasa kepada MERIT dan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang kembali ke Kandahar selepas pencerobohan tentera Amerika Syarikat di negaranya dan abang kepada Nurjana.Dalam satu temubual Jehan mengatakan ini lakonan sulung beliau apabila pelakon asal menarik diri dan menggalas sebaik mungkin,barang kali wajah seakan orang Afghanistan/Pakistan.
  • Nur Fazura sebagai Laila:Seorang anak ahli perniagaan dari Malaysia yang berkhidmat untuk MERIT,beliau hadapi krisis dalaman dengan ibunya.
  • Umie Aida sebagai Dr. Suria:Ketua pertugas MERIT di Kandahar,seorang tegas tanpa mengira sesiapa walaupun kenalan sendiri tetapi seorang penyayang.
  • Radhi Khalid sebagai Sadiq:Pemandu & penunjuk arah kepada MERIT dan kawan kepada Qaisy, Radhi perlu bertutur bahasa Pashto asas bagi memenuhi tuntutan watak rakyat Afghanistan.
  • Ridzuan Hashim sebagai Ayah kepada Laila
  • Rahimah Rahim sebagai Ibu kepada Laila
  • Fahrin Ahmad sebagai Arman:Teman lelaki kepada Laila, babak Fahrin tidak banyak kerana hanya muncul di babak akhir dan permulaan.
  • Tengku Nurtasha sebagai Nurjanah:Adik perempuan kepada Qaisy yang kehilangan ibu bapa dalam serangan udara tentera Amerika Syarikat

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Filem ini satu-satunya bertemakan drama perang yang ada di Malaysia ketika itu kerana cuba menangkat tema anti perang namun gagal mendapat sambutan dikalangan penonton.
  • Terbitan Serangkai Holdings terakhir selepas filem romantik komedi iaitu Soal Hati pada 2000 diikuti sekuel pada 2003 , syarikat produksi milik komposer tersebut tutup setahun kemudian (2006).
  • Organisasi fiksyen Malaysian Relief Team @ MERIT adalah diinspirasikan Mercy Malaysia yang pernah menjalankan misi di Afghanistan pada 2001 hingga 2002.
  • Lakonan sulung Fahrin Ahmad & Jehan Miskin selepas melibatkan dunia iklan dan kaca TV, begitu juga Fazura yang merupakan filem ketiga lakonan beliau selepas filem Bicara Hati (filem) pada 2003 malah beliau baru sahaja menghabiskan penggambaran filem Senario XX setahun sebelumnya.
  • Qaisy dan Laila tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-18 dengan 10 penyertaan (2x menang,8 tercalon).
  • Quetta,Pakistan dijadikan lokasi penggambaran utama untuk berlatarkan suasana Afghanistan dan melibatkan puluhan pelakon warga tempatan termasuk pelarian Afghanistan.
  • Arahan filem terakhir Raja Ahmad Alauddin sebelum fokus kepada penerbitan drama TV,selepas menghasilkan filem Hati Bukan Kristal,Soal Hati dan Qaisy dan Laila.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-18 Filem Terbaik Qaisy & Laila Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Radhi Khalid Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Umie Aida Tercalon
Cerita Asal Terbaik Habsah Hassan Tercalon
Sinematografi Terbaik Indra Che Muda Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Johari Teh Tercalon
Penata Bunyi Terbaik Za Yusof Tercalon
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Tengku Nurtasha Tercalon
Pelakon Harapan Lelaki Jehan Miskin Tercalon
Lagu Tema Asal Terbaik Ayob Ibrahim Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-50 Skor Muzik Terbaik Ayob Ibrahim Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Umie Aida Tercalon

Pautan luar[sunting | sunting sumber]