Qaramitah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

• Kumpulan ini diasaskan oleh Hamdan Bin Al-Ash'ath, yang dikenali dengan nama Hamdan Qarmat.

• Kumpulan ini mengamalkan ajaran Syiah Ismailiyah.

• Kumpulan ini berpecah buat kali pertama disebabkan berlakunya perselisihan pendapat antara pihak yang mengakui Ubaidillah, pengasas Khilafah Fatimiyyah sebagai imam dengan pihak yang mahu menunggu Muhammad Bin Ismail.

• Perpecahan itu mengakibatkan melemahnya gerakan Syiah Ismailiyah di Iraq dan pengasasnya sendiri, Hamdan Qarmat hilang dari catatan.

• Kumpulan ini mula menyebarkan ajaran Syiah Ismailiyah di pelbagai kawasan dan menamakan diri sebagai 'Qaramitah' supaya dapat dibezakan dengan pendukung Khilafah Fatimiyyah.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

• Seorang pengikut Qaramitah dari Kufah bernama Zikrawaih mengutus anaknya bernama Al-Husain untuk membuat perjanjian dengan suku Badwi yang tinggal di barat Kufah dan ia diikuti oleh seseorang yang mungkin saudaranya sendiri bernama Yahya.

• Pada tahun 900M, • Pada tahun 903M, mereka mengepung Damascus namun mengalami kegagalan dan Yahya sendiri terbunuh. Al-Husain mengambil kepimpinan dan menyerang utara Syria, kota Homs, Hamah, Ma'arrat an-Nu'man dan Baalbek.

• Pada tahun 904M, Qaramitah dikalahkan oleh tentera Kerajaan Bani Abbasiyah di timur Hamah dan Al-Husain terbunuh.

• Pada tahun 906M, Qaramitah dan suku Kalb mengepung daerah Hauran tetapi gagal untuk menawan Damascus.

• Zikrawaih kemudian mengetuai serangan ke atas kafilah haji pada tahun 907M. Walaubagaimanapun, beliau telah terbunuh.

• Selain daripada Kufah, Qaramitah juga berjaya menyebarkan pengaruh di Bahrein.

........

Senarai Pemimpin[sunting | sunting sumber]

1) Hamdan Bin Al-Ash'ath(Hamdan Qarmat)

• Beliau menyebarkan ajaran Syiah Ismailiyah di kalangan petani di Kufah, Iraq.

• Beliau menolak pengakuan Ubaidillah, pengasas Khilafah Fatimiyyah sebagai imam kepada pengikut Syiah Ismailiyah.

•......

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1)https://www.slideshare.net/mobile/ezadukm/kerajaan-qaramitah

2)http://www.indahnyaislam.my/2016/10/sejarah-syiah-qaramitah-menyerang-kaabah-dan-mencuri-hajarul-aswad/

3)https://soscili.my/hajar-aswad-hilang-dari-kota-suci-mekah-syiah/

4)https://www.britannica.com/topic/Qarmatians

5)https://www.citizensforbahrain.com/index.php/entry/the-people-of-bahrain-expel-the-qarmatians

6)Taufik Abdullah(2002).Ensiklopedia Tematis Dunia Islam: Khilafah.Jakarta.Ichtiar Baru Van Hoeve