Qat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Qat
Catha edulis.jpg
Catha edulis
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. edulis
Nama binomial
Catha edulis

Qat (Bahasa Arab: القات al-qāt, Bahasa Somali: qaad 𐒎𐒛𐒆 atau xaad 𐒅𐒛𐒆, Bahasa Amhara: ጫት ch'at, bahasa Oromo: Jimaa) atau nama saintifiknya Catha edulis adalah suatu tumbuhan berbunga berasal dari bahagian barat pedalaman Habsyah di rantau Tanduk benua Afrika. Daun-daunnya mengandungi alkaloid katinon iaitu suatu bahan kimia perangsang yang dikatakan menyebabkan kegembiraan, mengurangkan selera makan, dan euforia apabila dikunyah sama tujuannya dengan penggunaan daun koka di Amerika Selatan dan sirih pinang di Asia.[1] Daun-daun ini juga boleh dikeringkan untuk dibuat suatu teh seduhan memberikan kesan sama. Ia ditanam terutamanya oleh masyarakat di Tanduk Afrika dan semenanjung Arab yang membudayakan pengambilan daun-daun ini sejak ribuan tahun;[1] dianggarkan sebanyak 5 hingga 10 juta orang di seluruh dunia menggunakan qat setiap hari.[2]

Kebenaran mengambil daun qat berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain: ia bahan dadah terkawal di beberapa negara namun tidak pula di tempat membudayakan penggunaan qat termasuk kawasan Tanduk Afrika, Kenya, Uganda dan Yaman membenarkan pengeluaran, penjualan, dan pengambilan qat.[3] Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengelaskan ia sebagai suatu "dadah boleh disalahguna" (drug of abuse) pada tahun 1980 atas faktor penyebab ketagihan psikologikal,[4] namun badan tersebut tidak menanggap ketagihan qat suatu masalah yang perlu diambil berat.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Catatan bertulis terawal mengenai tumbuhan ini didapati dalam Kitab al-Saidala fi al-Tibb كتاب الصيدلة في الطب , dikarang ilmuwan Abū Rayhān al-Bīrūnī pada abad ke-11 dari tanah Parsi.[5]

Pada tahun 1854, Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir ada mencatatkan penyaksian sendiri kebiasaan masyarakat setempat di Al Hudaydah, Yaman mengunyah daun qat dalam Kisah Pelayaran ke Mekah dikarang beliau:[6]

Adalah pula suatu adat baharu yang kulihat dalam negeri itu; semuanya memakan daun seperti kambing. Adalah suatu jenis daun lebar-lebar dua jari bertangkai-tangkai menjadi jualan besar, sebab dimakan orang akan dia daun itu sahaja-sahaja bukannya seperti sirih ada rempahnya ini; itu sahaja yang dikulumnya penuh-penuh mulut. Maka kalau orang duduk berkampung-kampung, maka sampahnya daun itu penuhlah di hadapan mereka itu. Maka mereka itu berludah, hijau air ludahnya...adapun namanya daun itu "qat".

Pengawalan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1965, Laporan Ke-empatbelas Jawatankuasa Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Dadah Tagihan menyatakan, "Jawatankuasa dengan senang hati menyatakan resolusi Majlis Ekonomi dan Sosial berkenaan qat yang mengesahkan pandangan bahawa penyalahgunaan ini adalah masalah serantau dan paling baik dapat dikawal pada tahap itu." [7] Atas sebab inilah daun qat tidak disenaraikan di bawah Konvensyen Tunggal Mengenai Narkotik . Pada tahun 1980, WHO mengklasifikasikan tanaman itu sebagai "dadah boleh disalahguna" (drug of abuse) pada tahun 1980 atas faktor penyebab ketagihan psikologikal,[4] namun badan tersebut tidak menanggap ketagihan qat suatu masalah yang perlu diambil berat.[1] Ia adalah bahan terkawal atau haram di beberapa negara, tetapi sah untuk penjualan dan pengeluaran di negara lain. [8]

Hukum agama[sunting | sunting sumber]

Imam Yusuf al-Qaradawi ada menulis mengenai hukum fatwa mengambil daun qat ini apabila ditanyakan mengenainya daripada seorang bangsa Yamani yang mana beliau memetik keputusan persidangan di Universiti Islam Madinah yang menyenaraikan qat "sama seperti dadah dan rokok" kerana mengandungi bahan-bahan larangan; namun pernyataan ada disanggah ulama tertentu yang berpendapat pengambilan ini dibolehkan selagi tidak berlebihan. Al-Qardawi turut memetik buku Iṣlāḥ al-Mujtama` dikarang Syeikh Muhammad Salim Al-Bihani yang sendiri menghuraikan aspek-aspek membahayakan kesihatan dibawa pengambilan qat seumpama tembakau walaupun kedua-duanya tidak memabukkan seperti arak serta pembaziran yang boleh berlaku kerana harga qat dibelanjakan yang mahal.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Al-Mugahed, Leen (2008). "Khat Chewing in Yemen: Turning over a New Leaf: Khat Chewing Is on the Rise in Yemen, Raising Concerns about the Health and Social Consequences". Bulletin of the World Health Organization. 86 (10): 741–42. doi:10.2471/BLT.08.011008. PMC 2649518. PMID 18949206. Dicapai pada 9 January 2014. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Kciy" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Balint, Erica E.; Falkay, George; Balint, Gabor A. (2009). "Khat: a Controversial Plant". Wiener Klinische Wochenschrift. 121 (19–20): 604–614. doi:10.1007/s00508-009-1259-7. PMID 19921126.
  3. ^ Manghi, Rita Annoni; Broers, Barbara; Khan, Riaz; Benguettat, Djamel; Khazaal, Yasser; Zullino, Daniele Fabio (2009). "Haight-Ashbury Free Medical Clinic". Journal of Psychoactive Drugs. 41 (1): 1–10. doi:10.1080/02791072.2009.10400669. PMID 19455904.
  4. ^ a b Nutt, D.; King, L.A.; Saulsbury, C.; Blakemore, Colin (March 2007). "Development of a rational scale to assess the harm of drugs of potential misuse". Lancet. 369 (9566): 1047–53. doi:10.1016/S0140-6736(07)60464-4. PMID 17382831.
  5. ^ Kiple, Kenneth F.; Ornelas, Kriemhild Coneè (2001). The Cambridge World History of Food. Cambridge University Press. m/s. 672–73. ISBN 978-0-521-40216-3. OCLC 174647831.
  6. ^ Abdullah bin Abdul Kadir. KIsah Pelayaran Abdullah ke Mekah. m/s. 19. melalui Sweeney, Amin, penyunting (2005). Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi: Hikayat Abdullah. Kepustakaan Populer Gramedia & École française d'Extrême-Orient. m/s. 289. ISBN 979-91-0029-1.
  7. ^ "World Health Organization Expert Committee on Dependence-producing Drugs: Fourteenth Report". United Nations Office of Drugs and Crime. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 August 2003.
  8. ^ see Law Library of Congress (May 2015) Legal status of khat in selected jurisdictions
  9. ^ Al-Qaradhawi, Yusuf (2015). Fatwa Kontemporari. 4 (Perubatan dan Politik). 2. Diterjemahkan oleh Mohd Hafiz Daud. Batu Caves, Malaysia: PTS Publications & Distributors. m/s. 70–81. ISBN 978-967-411-565-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]