Qhaliq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Qhaliq (filem))
Qhaliq
PengarahRosli Mohd Taib
Dihasilkan olehFyzal Fauzi
Ahmad Idham
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Ohhsem Network
Diedarkan olehAifa Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 14 Jun 2018 (2018-06-14) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM14 ribu

Qhaliq merupakan sebuah filem aksi drama Malaysia 2018 arahan Rosli Mohd Taib terbitan Aifa Motion Pictures. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Aliff Yasraff, Nur Risteena, Ahmad Idham, Syainie Aida, Azza Elite. Qhaliq ditayangkan pada 14 Jun 2018 dan merupakan kegagalan komersial.[1] Ia diiktiraf sebagai "filem bomba pertama di Malaysia".[2]

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Qhaliq sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sejak kecil, Qhaliq memasang impian untuk menjadi anggota bomba. Apabila sudah besar, dia akhirnya berjaya menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan menjalankan misi-misi berbahaya termasuk menyelamatkan seorang wanita yang cuba membunuh diri. Ketika insiden itu, dia bertemu dengan Qhalisya dan kedua-dua mereka mula menjalin hubungan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Qhaliq pada asalnya dijadualkan tayangan perdananya pada 5 April 2018, terpaksa ditunda seketika kerana slot tayangan telah diberikan kerpada filem arahan Dain Iskandar Said, Dukun.[4] Penerbit filem ini, Fyzal Fauzi meluahkan rasa kecewa atas penarikan balik filem Qhaliq.[4] Selepas dua bulan tertunda, Qhaliq menerima tarikh keluaran tayangan rasmi, iaitu pada 14 Jun 2018.[5]

Filem ini menerima ulasan yang rata-ratanya negatif. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online berkata: "Bukan untuk meniru tetapi untuk mendapat idea yang dapat dikembangkan dalam acuan tempatan dengan kos dalam konteks filem tempatan. Alang-alang hendak memartabatkan sinema tempatan, buatlah dengan sepenuh jiwa raga."[6]

Pada September 2018, Qhaliq disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Makrifat Cinta dan Hantu Wangan serta tujuh lagi filem.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Qhaliq kisah pengorbanan anggota bomba Sinar Harian (16 Jun 2018). Dicapai pada 18 September 2018.
  2. ^ Lokman Hakiem Abd. Samad (3 April 2018). Kisah anggota bomba 'Qhaliq' temui penonton 5 April Diarkibkan 2018-04-14 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 September 2018.
  3. ^ a b "Top 10 filem Melayu dengan kutipan terendah". Sinar Harian. 9 September 2018. Dicapai pada 11 September 2018.
  4. ^ a b Amirul Haswendy Ashari (21 Jun 2018). "Fyzal kecewa Qhaliq ditarik". Harian Metro. Dicapai pada 18 September 2018.
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (9 September 2018). "Qhaliq ditayang 14 Jun ini". Harian Metro. Dicapai pada 18 September 2018.
  6. ^ Shazryn Mohd Faizal (20 Jun 2018). Tiada apa yang hebat tentang ‘Qhaliq’ Diarkibkan 2018-09-23 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pad 21 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]